CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8016|Reply: 1

[Kedah] Pelajar universiti direman dua hari bantu siasatan kes penipuan

[Copy link]
Post time 24-10-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar universiti direman dua hari bantu siasatan kes penipuan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 24, 2024 @ 11:03am [email protected]





JITRA: Pelajar lelaki sebuah universiti di sini yang ditahan polis semalam kerana disyaki terbabit penipuan membabitkan orang awam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra pada jam 8.28 pagi dengan memakai pakaian lokap oren diiringi anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Majistret Nurul Huda Idris membenarkan permohonan reman oleh polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan suspek pada jam 4 petang semalam susulan laporan polis daripada NGO, Cancer Survivors Malaysia (CSM) pada Selasa lalu.

Suspek ditahan di IPD Kubang Pasu ketika dipanggil memberi keterangan.

Terdahulu, media melaporkan CSM membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pelajar lelaki sebuah universiti di utara negeri ini kononnya dia memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata pelajar berusia 20-an memperkenalkan dirinya sebagai Lim dan menghubunginya pada Ahad lalu untuk membantunya mendapatkan dana bagi membiayai pengajiannya berjumlah RM5,000 dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Pelajar terbabit juga memberi alasan yang dia akan dibuang daripada universiti berkenaan jika dia tidak membayar yuran terbabit dan hasil maklumat yang diterima, pelajar itu dipercayai terbabit dalam perjudian dalam talian.




Pelajar universiti direman untuk bantu siasatan a atas kesalahan penipuan membabitkan orang awam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan kerugian sekitar Rm 100 ribu di Mahkamah Jitra. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2024 12:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.301613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list