CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41376|Reply: 0

[Sarawak] Papan tanda radar kelajuan bukan untuk menangkap pemandu tetapi peringatan

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:40 PM | Show all posts |Read mode


Lee (empat kiri) mendengar taklimat mengenai papan tanda radar pengesan kelajuan di seberang jalan Jabatan Pengangkutan Jalan Miri, petang Khamis.

MIRI: Pemasangan papan tanda radar pengesan kelajuan kenderaan bukan bertujuan untuk menangkap pemandu tetapi sebagai peringatan dan amaran awal kepada mereka tentang had kelajuan yang dibenarkan ketika di jalan raya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin ketika menunjukkan papan tanda itu kepada pemberita, petang Khamis.

"Pemasangan (papan tanda radar)  bukan untuk menangkap pemandu kerana kesalahan pemandu tetapi sebagai 'self check' (peringatan diri).

"Mengingatkan pemandu yang mereka telah memandu melebihi had kelajuan," jelas Lee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, lebih banyak alat itu akan dipasang di Miri, khasnya di laluan kerap kemalangan.

Papan di seberang jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan antara empat papan radar pengesan yang telah dipasang JKR.

"Kita telah pasang empat.

"Kita akan pasang lebih banyak lagi di kawasan kerap kemalangan," jelasnya.

Lokasi lain berhampiran simpang masuk ke Borneo Medical Centre, jalan menuju ke bulatan Monumen Kuda Laut Miri dan di hadapan Pejabat Bahagian JKR Miri.

Lee memberitahu, menerusi alat tersebut pihak berkuasa dapat mengetahui jumlah kenderaan dan waktu paling kerap pemandu memecut kenderaan mereka.

Daripada data yang dikumpul pusat kawalan, pihak berkuasa akan menempatkan anggota penguat kuasa di lokasi-lokasi tersebut.

"Dengan data kelajuan, kita tahu, waktu pemandu memecut.

"Kita akan dapatkan penguat kuasa membuat pemeriksaan pada waktu tersebut," jelas Lee.

Lee berharap dengan memperingatkan pemandu untuk memandu mengikut had ditetapkan akan membantu mengurangkan kes kemalangan termasuk kerosakan harta benda seperti lampu isyarat dan lampu jalan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list