CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42314|Reply: 0

Saya terlupa bagaimana tunggang jentera Moto2 - Super KIP

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2024/11/1318625/saya-terlupa-bagaimana-tunggang-jentera-moto2-super-kip



Pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW, Khairul Idham Pawi ketika sesi latihan Moto2 pada saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia PETRONAS 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. NSTP/ASYRAF HAMZAH



SEPANG: Pelumba 'wildcard' Moto2 negara, Khairul Idham Pawi mengakui penampilan semulanya bersama jentera Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini tidak seperti yang dibayangkan.
Menurut pelumba kelahiran Perak yang beraksi bersama pasukan PETRONAS MIE Racing RW itu, sekalipun dia pernah berlumba sepenuh musim di pentas Moto2 pada 2017 hingga 2019, pengalaman itu tidak dapat dimanfaatkan.
"Saya benar-benar bergelut terutama pada sesi sebelah pagi kerana saya sudah terlupa bagaimana untuk menunggang jentera Moto2 selepas sudah tidak lama menunggangnya," katanya.
"Saya rasa seperti pelumba yang baharu menunggang jentera Moto2 sekali lagi."

Selepas mencatatkan masa tercorot dalam kalangan 32 pelumba pada sesi latihan bebas satu di sebelah pagi, pelumba dengan julukan Super KIP itu sekali lagi menghuni kedudukan sama pada sesi latihan dua di sebelah petang.

Sementara itu, seorang lagi pelumba wildcard negara, Helmi Azman berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan hari ini.
"Saya merasa lebih selesa dengan jentera tahun ini berbanding tahun lalu dan saya mampu untuk mengerahnya dengan lebih kuat," kata Helmi yang melakukan catatan ke-29 terpantas pada kedua-dua sesi.
"Saya agak gembira dengan catatan masa yang saya buat kerana saya lebih laju berbanding tahun lali sekalipun pada sesi pertama. Saya akan bekerja lebih keras dan berharap untuk merapatkan jurang dengan pelumba di hadapan."

Pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW, Muhammad Helmi Azman ketika sesi latihan Moto2 pada saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia PETRONAS 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.032111 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list