CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8376|Reply: 0

[Perlis] 24,263 pegawai, anggota bomba siap sedia hadapi musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 4-11-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode
24,263 pegawai, anggota bomba siap sedia hadapi musim tengkujuh

Oleh Aizat Sharif - November 4, 2024 @ 4:49pm[email protected]




Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad (kanan) bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pegawai bomba pada Sambutan Hari Integriti Tahun 2024 JBPM di Kangar, hari ini. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir




KANGAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan menggerakkan 24,263 pegawai dan anggotanya bagi penugasan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.

Ia termasuk 2,196 pegawai bomba bantuan (PBB) dan 8,421 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi memastikan mangsa banjir terutama di kawasan Pantai Timur dan beberapa negeri lain dipindahkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dengan cepat.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata selain penugasan dari sudut anggota, pihaknya turut bersedia dari segi logistik udara yang membabitkan lima helikopter dan tiga dron.

Selain itu, katanya, sejumlah besar logistik darat sedang disiap siagakan bagi mengharungi kawasan banjir dalam melakukan kerja menyelamat seperti 293 kenderaan utiliti pacuan empat roda, 86 van, 72 lori lima tan dan 49 lori tiga tan.

"Dalam masa yang sama juga, 450 logistik marin yang terdiri daripada pelbagai bot sedang dipersiapkan sekiranya diperlukan bila-bila masa dalam mengharungi bencana banjir," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Tahun 2024 JBPM di sebuah hotel di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata dalam menghadapi bencana banjir kali ini, pihaknya juga sudah menubuhkan kawasan operasi atau 'forward operating base' (FOB) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) di Wakaf Tapai, Terengganu dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Johor.

"Kita akan meletakkan logistik udara dan marin serta kenderaan pengangkut di ABPM Wakaf Tapai BBP Ayer Hitam dimana kedua-dua ini akan diberi penumpuan dalam MTL kali ini.

"Ini adalah lanjutan daripada jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa penumpuan MTL kali ini adalah di kawasan Pantai Timur, Johor, barat Sarawak dan timur Sabah manakala sebuah lagi FOB yang diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk beroperasi adalah di Pulau Pinang," katanya.

Nor Hisham berkata dalam masa sama juga, 22 Pasukan Gerak Cepat (Rapid Emergency Deployed) atau Red Team sudah ditubuhkan untuk membolehkan pergerakan antara negeri dapat dipercepatkan.

"Jadi kita ada 'strike team' kita iaitu Red Team yang diwujudkan dimana sekirannya terdapat keperluan bantuan mendesak daripada negeri jiran, maka pasukan ini akan digerakkan dengan segera.

"Sama juga sekiranya berlaku desakan untuk bantuan dalam daerah negeri yang terjejas itu. Jadi pasukan ini yang akan digerakkan untuk memberi bantuan seberapa segera," katanya.

Nor Hisham berkata walaupun jangkaan MetMalaysia hujan yang agak lebat pada Disember nanti, pihaknya berharap agar tidak berlaku bencana banjir yang teruk.

MetMalaysia dalam kenyataan 1 November lalu, memaklumkan MTL 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di negara ini dijangka bermula esok dan berterusan sehingga Mac.

Mengikut ramalan, MTL kali akan membawa lima hingga tujuh episod hujan lebat.

Pada bulan ini, fasa awal MTL dijangka mengakibatkan episod hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada Januari dan Februari pula, episod hujan lebat lebih berpotensi melanda di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1319637/24263-pegawai-anggota-bomba-siap-sedia-hadapi-musim-tengkujuh





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.537815 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list