CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5512|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tulang belakang utama perancangan dasar negara

[Copy link]
Post time 4-11-2024 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Tulang belakang utama perancangan dasar negara

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menerima buku ‘75 Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia’ daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (dua dari kiri) pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena. Turut bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan). FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui tempoh yang bermakna dan mencabar sepanjang 75 tahun sebagai agensi yang berperanan menyediakan laporan statistik rasmi bagi perancangan dasar dan pengukuran pencapaian negara.

Ia adalah bagi membolehkan setiap agensi kerajaan dan swasta menjadikan data dan statistik yang diterbitkan DOSM sebagai sumber rujukan utama dalam penggubalan dasar, perancangan strategi serta pelaksanaan program dan projek.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sebanyak 571 buku laporan statistik diterbitkan oleh DOSM sehingga Oktober tahun ini membabitkan 180 penerbitan secara bulanan, 67 penerbitan secara suku tahunan, 99 penerbitan secara tahunan dan 225 penerbitan secara ad hoc.

"Statistik dihasilkan DOSM adalah berdasarkan kepada metodologi terkini dan mengikut piawaian di peringkat antarabangsa berpandukan kepada pelbagai manual, garis panduan dan klasifikasi diiktiraf badan antarabangsa.

"Mereka (anggota DOSM) juga diterapkan dengan profesionalisme yang tinggi dalam pengumpulan serta penyampaian statistik berlandaskan prinsip merangkumi aspek integriti, ketelusan dan tanggungjawab," katanya ketika berucap pada Sambutan Jubli Intan 75 Tahun DOSM yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen PICCA, di sini, pada Sabtu.

Dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, DOSM buat julung kalinya meluncurkan laporan Indikator Kos Sara Hidup (KSH) yang merangkumi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH).

Indikator itu bukan saja boleh dijadikan panduan dalam perancangan dasar yang bersesuaian malah boleh dijadikan rujukan kepada rakyat dalam merancang dan menguruskan kewangan serta perbelanjaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, Sambutan Jubli Intan itu menjadi medan untuk merancang dan memperkukuhkan peranan DOSM dalam analisis dan pengurusan data hingga ke peringkat terkecil.

Pada masa sama, beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan statistik.

"Penyelarasan data di peringkat terkecil seperti di peringkat daerah adalah untuk memastikan penyampaian kerajaan lebih cepat dan berkesan.

"Realitinya, DOSM kini telah mengalami satu transformasi dalam penghasilan statistik dalam tempoh tujuh dekad ini," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri menaruh keyakinan terhadap DOSM dalam menghasilkan statistik yang cemerlang sekali gus membantu negara.

"Prestasi mereka (DOSM) selama ini membolehkan negara ini melakukan anjakan yang agak ketara dan menuntut perubahan yang cepat dan pantas, maka tentunya harapan kepada DOSM sama, iaitu menuntut supaya mengekalkan prestasi tetapi meningkatkan usaha supaya hasil kita itu sebaiknya, setaraf dengan hasil jabatan atau angka-angka yang diperolehi di peringkat negara-negara utama di dunia.

"Saya tentunya menunggu supaya perubahan yang berlaku termasuk langkah-langkah yang baharu diperkenalkan untuk turun sehingga ke peringkat negeri dan daerah.

"Angka-angka seperti mana yang diusahakan melalui sistem Padu akan membantu kita supaya tidak ada ketirisan, pertindihan dalam penyaluran bantuan kepada rakyat," katanya.



Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 7:38pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151391/tulang-belakang-utama-perancangan-dasar-negara




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068384 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list