MESYUARAT: Hajiji (dua kiri) mempengerusikan Mesyarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Bana; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Negeri Datuk Redonah Bahanda; Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Negeri Datuk Fairuz Renddan; dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Negeri Emmie Martin Idang.
Hadir sama Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Mohd Razali Razi; Bendahari Agung Gagasan Rakyat Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Persidangan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis akan dirasmikan oleh Masidi pada 9 November 2024, manakala Persidangan Agung Tahunan Induk akan diadakan pada 10 November 2024 yang akan dirasmikan oleh Hajiji.
|