CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3215|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan tarian tingkat daya tarikan Miri

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Kejohanan Tarian Antarabangsa Miri 2024 dipuji kerana tarik peserta dari seluruh dunia ke Miri



(Baris depan, lapan dan sembilan kiri) Lee dan Yii sambil disertai tetamu bersama peserta dalam dan luar negara mengambil bahagian.

“Jadi, saya mencadangkan peserta boleh diatur untuk melawat gua terbesar dunia semasa berada di sini untuk menikmati keindahan unik hanya boleh didapati di sini.”

Dato Sri Lee Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak

Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kejohanan Tarian Antarabangsa Miri 2024 yang memasuki edisi ke-10 mendapat pujian kerana berjaya menarik peserta dari seluruh dunia ke Miri.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin memuji usaha penganjur berjaya menarik penyertaan antarabangsa.

Menurut beliau ia bukan sahaja menaikkan prestij acara itu tetapi juga meningkatkan daya tarikan Miri sebagai destinasi pelancongan meriah.

Katanya, Miri mempunyai dua daripada lima Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di Malaysia sekali gus membuktikan keindahan alam semula jadinya.

“Jadi, saya mencadangkan peserta boleh diatur untuk melawat gua terbesar dunia semasa berada di sini untuk menikmati keindahan unik hanya boleh didapati di sini,” katanya merujuk kepada Taman Negara Mulu.

Majlis tersebut berlangsung di sini malam kelmarin dianjurkan oleh Miri Broadway Dance Society dan disertai oleh penari dari Singapura, Filipina, Jepun, Indonesia, Sri Lanka, Hong Kong, China dan Brunei serta negeri-negeri lain di Malaysia.

Lee turut memuji pertandingan itu berjaya menjadi satu peluang hebat untuk meningkatkan taraf tarian penari tempatan di sini.

“Walaupun mengekalkan acara seperti ini selama 10 tahun adalah satu cabaran, terutama apabila ia terpaksa ditangguhkan semasa pandemik COVID-19, beberapa tahun lalu namun saya berharap melihat lebih ramai penari antarabangsa dari negara barat pada masa akan datang.

"Pada masa sama, saya berharap penyertaan dari negara-negara barat ini dapat terus memberi inspirasi dan mewujudkan suasana kompetitif untuk penari tempatan kita,” jelasnya.

Bagi menyokong acara itu, Lee menyumbangkan sejumlah RM10,000 sebagai galakan kepada Miri Broadway Dance Society.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042401 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list