CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26794|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak berusaha kurangkan pelepasan aerosol berbahaya

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Selaras dengan inisiatif menyumbang kepada usaha global kurangkan jejak karbon, tingkat kualiti udara



Dr Sim memukul gong sebagai simbolik perasmian AAC Ke-13 sambil disaksikan (dari kiri) Chen, Noor Zaitun dan Huang. -Gambar Kong Jun Liung

“Tambahan pula, landskap geografi Sarawak yang unik menawarkan peluang untuk mengkaji kesan aerosol terhadap perubahan iklim dan proses atmosfera.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak sedang berusaha untuk mengurangkan pelepasan aerosol berbahaya dengan mengubah sisa pertanian menjadi bioenergi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini selaras dengan inisiatif negeri untuk menyumbang kepada usaha global dalam mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan kualiti udara.

Selain daripada pengurusan biojisim yang mampan katanya, pemantauan dan mitigasi jerebu rentas sempadan merupakan satu lagi keutamaan Sarawak dalam inisiatifnya menangani isu alam sekitar dan kesihatan berkaitan aerosol.

“Tambahan pula, landskap geografi Sarawak yang unik menawarkan peluang untuk mengkaji kesan aerosol terhadap perubahan iklim dan proses atmosfera.

"Atas sebab itulah, kita kini giat bekerjasama dengan institusi penyelidikan antarabangsa untuk membangunkan strategi penyesuaian iklim yang mengambil kira interaksi aerosol dan iklim.

“Ini penting untuk meramalkan corak hujan, kejadian cuaca ekstrem dan kesihatan hutan," katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Aerosol Asia (AAC) Ke-13 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Teks ucapan Abang Johari dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak juga telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan pemantauan kualiti udaranya, termasuk melabur dalam teknologi terkini untuk penilaian kualiti udara secara masa nyata.

"Negeri kita sering terdedah kepada jerebu rentas sempadan yang disebabkan oleh pembakaran biojisim, yang membawa kepada paras zarah yang tinggi atau PM2.5.

"Ini bukan sahaja menjejaskan kualiti udara tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan yang ketara terutama kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan," katanya.

Menurutnya, kesan pencemaran udara bukan sahaja merupakan isu tempatan tetapi juga menjadi cabaran serantau dan global.

"Aerosol daripada pembakaran biojisim, terutama zarah halus juga boleh bergerak dalam jarak yang jauh dan menyumbang kepada kualiti udara yang rendah merentasi sempadan.

"Justeru, memahami sumber, pengangkutan dan pengubahsuaian aerosol dalam konteks ini adalah penting untuk membangunkan strategi mitigasi yang berkesan,” katanya.

Abang Johari memberitahu, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 mencerminkan komitmen negeri untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan mengintegrasikan kelestarian dan pengurusan alam sekitar dalam semua sektor, daripada perancangan industri hingga pembangunan komuniti.

“Melalui inisiatif ini, Kerajaan Sarawak komited mengamalkan prinsip Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menyokong pertumbuhan yang mampan.

“Strategi ini merangkumi promosi teknologi hijau, pengurusan sumber yang mampan dan penyelidikan inovatif, yang seiring dengan objektif AAC,” katanya.

Mengenai persidangan itu, Abang Johari berharap acara selama lima hari ini akan menjadi pemangkin untuk idea-idea baharu, menginspirasi penyelidikan yang terobosan dan memperkukuh kerjasama antara sempadan.

Bertemakan Mensinergikan Sains, Teknologi, Dasar dan Amalan Aerosol Ke Arah Penyelesaian Mampan, ACC 2024 menghimpunkan lebih 400 pakar yang terdiri daripada saintis, pemimpin industri, agensi kerajaan dan pembuat dasar dari 36 negara menghadiri persidangan yang berlangsung dari 3 hingga 7 November.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii, Pengerusi Umum AAC Ke-13 2024 Dr Noor Zaitun Yahaya, Presiden AARA Profesor Chih-Chieh Chen serta wakil yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048385 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list