CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44366|Reply: 0

[Sarawak] Tiga kru dan lima pemancing selamat, bot pancing tiba di Jeti Kampung Semariang Batu hari ini

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:36 PM | Show all posts |Read mode


Kesemua mangsa dilaporkan selamat tiba di Jeti Kampung Semariang Batu, hari ini.

KUCHING: Sebuah bot pancing membawa tiga kru dan lima pemancing yang dilaporkan hilang sejak Khamis selamat tiba di Jeti Kampung Semariang Batu di sini, hari ini.

Kesemua kru bersama pemancing dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Jurumudi bot, Samarin Sharkawi, 37, berkata bot tersebut tersadai di perairan laut Paloh sejak Khamis kerana mengalami kerosakan pada alat penghidup enjin.

“Kami pergi sejak Selasa dan pada pagi Khamis, kami sepatutnya berangkat balik, namun ‘starter’ bot mengalami kerosakan menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan.

“Kami cuba untuk mendapatkan pertolongan namun tidak berjaya sehingga bot kami hanyut kira-kira tujuh batu dari darat dan ketika itu baru kita dapat menghubungi pasukan penyelamat,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, pasukan penyelamat tiba kira-kira dua jam kemudian dan terus membaiki kerosakan pada bot tersebut.

“Setibanya mereka, kami segera dibekalkan dengan air minuman, ais untuk ikan (hasil tangkapan) dan mereka juga berusaha menghidupkan enjin bot sehingga berjaya,” katanya.

Jelasnya juga, sepanjang dua malam tersadai, keadaan adalah terkawal dan cuaca juga baik.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataannya sebelum ini memberitahu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan sebaik sahaja laporan diterima.

Operasi SAR tersebut juga disertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang turut membantu melakukan pemantauan dari udara.

Selain Samarin selaku tekong, turut menaiki bot pancing berkenaan ialah Husin Ayub, 67, Mohamad Haikal Sharkawi, 17, Mohd Azizi Hamzi, 17, Dahlan Ramli, 41, Hasrin Ismail, 53, Johari Bujang, 51 dan Abdullah Ajek, 56.

Mereka dilaporkan keluar ke laut dari Jeti Semariang Batu sekitar jam 9 pagi Selasa, 29 Oktober dan sepatutnya pulang pada Khamis, 31 Oktober lalu.

Sementara itu, Maritim Malaysia turut mengingatkan kepada komuniti maritim khususnya golongan pemancing agar sentiasa mengambil berat terhadap langkah-langkah keselamatan sewaktu berada di laut, pakai jaket keselamatan dan digalakkan membawa personal locator beacon (PLB).

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak/MRSC Kuching melalui talian 082-432006 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.263230 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list