CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40114|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki Perancis mabuk ditahan di sekatan jalan raya, halang tugas polis

[Copy link]
Post time 5-11-2024 02:52 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Perancis mabuk ditahan di sekatan jalan raya, halang tugas polis

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




LELAKI warga asing ditahan ketika sekatan jalan raya di Bayan Indah, di sini. FOTO Ihsan Polis.





Bayan Lepas: Sudahlah memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang lelaki warga Perancis turut bertindak agresif dengan mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis ketika diperiksa dalam sekatan jalan raya di Bayan Indah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian itu membabitkan lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pelayan di restoran dalam pusat beli belah.

Katanya, terdahulu lelaki berkenaan yang juga pemandu kereta jenis Honda CRZ ditahan ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

"Berdasarkan laporan, lelaki berkenaan bertindak agresif ketika anggota polis melakukan pemeriksaan badan terhadapnya.

"Selain mengeluarkan kata kesat, lelaki berkenaan turut menolak anggota polis terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sazalee berkata, lelaki terbabit yang belum berkahwin itu kemudian dibawa ke Balai Polis Cawangan Trafik Bayan Lepas.

"Saringan ujian alkohol mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya lagi.



Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 10:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1151429/lelaki-perancis-mabuk-ditahan-di-sekatan-jalan-raya-halang-tugas-polis


[size=0.95]







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list