CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42172|Reply: 0

[Sarawak] Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak bakal melibatkan pelbagai kelompok komuniti

[Copy link]
Post time 6-11-2024 12:02 AM | Show all posts |Read mode


Abdullah (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Helmy (tiga kanan) selepas selesai sesi kunjungan hormat bersama Penerangan. - Gambar UKAS

KUCHING: Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak yang akan berlangsung pada 9 dan 10 November (Sabtu dan Ahad) ini bakal melibatkan pelbagai kelompok komuniti di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, aspek yang akan menjadi tarikan utama karnival adalah semangat perpaduan yang diangkat menerusi penglibatan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam setiap acara yang dilaksanakan.

“Yang paling menarik mengenai Karnival Kita MADANI ini adalah jiwa dan imej yang dibawa bersifatkan perpaduan di mana saya melihat ia dapat merapatkan perpaduan, persefahaman serta jurang maklumat antara masyarakat termasuk mengenai inisiatif serta polisi kerajaan terutama di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi kunjungan hormat di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (Penerangan) Sarawak di sini hari ini.

Abdullah bakal merasmikan Karnival Kita MADANI ini pada 9 November mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, beliau menambah, karnival tersebut juga akan memfokuskan kepada Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini terutama dalam aspek meningkatkan pemahaman berkaitan agihan bajet yang dibentangkan.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid memberitahu, pihaknya selaku penganjur karnival telah menjemput 246 komuniti MADANI dari seluruh Sarawak.

Antara lain, komuniti itu akan membuka 17 reruai untuk aktiviti jual beli dan mempamerkan produk masing-masing sama ada dalam bentuk kraf tangan atau makanan.

Justeru, beliau menjemput orang ramai untuk hadir bagi memeriahkan karnival tersebut yang turut akan mengetengahkan pelbagai pengisian lain seperti Jualan Rahmah dan Infiesta PENTARAMA.

“Kita juga berharap bahawa dengan program sebegini, masyarakat akan dapat maklumat yang lebih tepat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdullah turut mencadangkan agar Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Penerangan Sarawak bekerjasama untuk menganjurkan satu program rekreasi sebagai platform mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Aziz Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan UKAS dan Penerangan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list