CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14429|Reply: 0

[Sarawak] Pindaan Ordinan Pengagihan Gas 2024 pastikan hidrogen dihasilkan kekal jadi milik Sarawak

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode


Fazzrudin membahaskan RUU Pengagihan Gas 2024 pada Persidangan DUN hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Pindaan Ordinan Pengagihan Gas 2024 akan memastikan hidrogen yang dihasilkan kekal menjadi milik Sarawak, dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat dan hasilnya digunakan untuk membiayai inisiatif lebih baik dalam meningkatkan kehidupan masyarakat.

Dato Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) dalam menyatakan demikian menjelaskan, ini bukan bermakna Sarawak bersikap parokial tetapi kepentingan rakyat mesti didahulukan.

“Sarawak mesti diutamakan dan Sarawak yang berjaya akan menyumbang kepada Malaysia yang berjaya,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 yang dibentangkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak itu berkata Sarawak harus melindungi sumber berharga menerusi RUU pindaan ini yang menyediakan peruntukan undang-undang untuk peraturan serta kuasa mengenakan levi atau cukai ke atas aktiviti hidrogen.

“Kita tidak boleh, saya ulangi, tidak boleh terkejut atau terperangkap apabila tiba masanya pihak lain cuba mengambil sumber kita untuk kepentingan mereka sendiri.

“Kita telah melihatnya sebelum ini dan kita tidak mahu ia berlaku lagi,” tegasnya.

Jelasnya, hidrogen juga dilindungi di bawah undang-undang negeri iaitu Ordinan Pengagihan Gas (DGO), iaitu undang-undang yang diluluskan menurut perintah kuasa perundangan negeri-negeri Borneo 1963 yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Justeru menurutnya, perkara ini amat jelas dan membawa makna bahawa semua pihak mesti menghormati undang-undang.

“Tanpa menghormati kedaulatan undang-undang, arum bulak, gunung yang kukuh pun runtuh,” katanya.

Tambahnya, dengan lebih banyak penyertaan dalam industri ini, terdapat keperluan untuk aktiviti pelesenan dan kawal selia.

Sehubungan itu katanya, prosedur yang betul mesti disediakan untuk memastikan semua pemain industri bertindak mengikut peraturan dan tidak mengambil jalan pintas terutama dari segi keselamatan dan pematuhan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.231706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list