CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14473|Reply: 0

[Sarawak] RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 diluluskan

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Dibentang oleh Julaihi, dibahas dan disokong 22 ahli DUN termasuk dua ahli DUN pembangkang sebelum dilulus



Julaihi menunjukkan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 yang merupakan langkah penting dalam pengembangan industri tenaga di negeri ini.

RUU Pindaan tersebut dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, dibahas dan disokong oleh 22 ahli DUN termasuk dua ahli DUN pembangkang sebelum diluluskan.

Dalam pembentangannya, Julaihi berkata RUU Pindaan ini diperkenalkan untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang untuk mengawal selia pengagihan hidrogen yang dijana di Sarawak.

Pindaan utama katanya, melibatkan penambahan Bahagian 1V A yang baru khusus untuk hidrogen yang mana ordinan asal hanya terpakai kepada gas asli dan pindaan ini memperluaskan skopnya untuk merangkumi sumber hidrogen.

Ini bermakna katanya aktiviti seperti penjanaan hidrogen, penggunaan tanah dan premis untuk kemudahan penjanaan hidrogen dan pengedaran hidrogen kini dikawal selia di bawah ordinan.

Pindaan ini bukan sahaja bertujuan memperbaharui undang-undang sedia ada tetapi juga untuk memastikan bahawa Sarawak sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan dan pengeluaran hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif.

“RUU Pindaan ini juga memperkenalkan kesalahan dan penalti baharu berhubung menjalankan apa-apa aktiviti yang tidak dibenarkan berkaitan dengan hidrogen.

“Sebarang aktiviti berhubung penjanaan, penyimpanan, pengedaran atau penggunaan hidrogen yang dijalankan tanpa lesen akan menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum denda sekurang-kurangnya RM500,000 sehingga RM1 juta dan atau penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Ujar Julaihi lagi, RUU Pindaan ini juga memberi Pengarah atau Pengawal Selia kuasa untuk mengenakan penalti kewangan yang boleh diperolehi semula sebagai hutang sivil dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Di bawah peruntukan baharu ini, sebarang ketidakpatuhan terhadap Ordinan atau peraturannya akan dikenakan penalti dalam jumlah tidak melebihi RM20 juta dan hukuman sepuluh kali ganda daripada penalti kewangan asal bagi kesalahan berulang.

“Satu lagi perkara penting yang perlu diketengahkan di sini ialah pengenalan peruntukan baharu yang meluaskan kuasa penguatkuasaan kepada pengawal selia dan memberikan perlindungan yang sama yang diberikan kepada pengarah atau orang yang diberi kuasa kepada pengawal selia dan pegawai yang dilantik.

“Dengan kelulusan RUU Pindaan ini, ordinan utama dipertingkatkan untuk menyokong peralihan tenaga bersih di Sarawak dengan membolehkan dan menggalakkan pembangunan, penjanaan, pengedaran serta penggunaan hidrogen,” katanya.

Julaihi juga berkata dengan adanya RUU Pindaan ini, ia akan memberi kuasa kepada Sarawak untuk mengawal selia hidrogen, aktiviti ekonomi hidrogennya dan mempunyai rangka kerja pengawalseliaan yang telus dan mesra pelabur untuk membangunkan hidrogen.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/11/ruu-pengagihan-gas-pindaan-2024-diluluskan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.128016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list