CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14827|Reply: 0

[Sarawak] RM11 juta wujudkan Pelan Karbon Sifar Bersih Sarawak dan laksana Ordinan Alam Sekitar

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM11 juta bagi mewujudkan Pelan Karbon Sifar Bersih Sarawak serta melaksanakan Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pembebasn Gas Rumah Hijau) 2023, tahun depan (2025).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha itu seiring dengan objektif Sarawak untuk memainkan peranan utama dalam menangani cabaran iklim global, termasuk matlamat Sifar Bersih menjelang 2050, sambil memajukan aspirasinya menjadi kuasa tenaga diperbaharui serantau.

"Sarawak berada di barisan hadapan dalam ekonomi hidrogen, mempamerkan komitmen kami terhadap inovasi dan visi untuk menjadi peneraju serantau dalam tenaga bersih.

"Kita adalah pemain utama dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan dengan rancangan untuk membangunkan hab hidrogen hijau.

“Ekonomi hidrogen yang baru muncul ini membuka peluang menarik untuk pelaburan - bermula daripada teknologi termaju seperti elektroliser serta sel bahan api kepada penyimpanan tenaga dan pengangkutan yang mampan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata menerusi kerjasama, dasar yang kukuh dan inovasi berterusan, Sarawak boleh membina masa depan dikuasakan oleh tenaga bersih serta mampan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk projek-projek karbon hutan di Sarawak pada tahun depan.

Menurutnya, Sarawak kekal komited memajukan kelestarian alam sekitar dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui pelaburan besar di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) dan Taman Bioindustri Sarawak (SBP).

"Sejumlah RM1.5 juta akan diperuntukkan untuk SBC bagi mendokumentasikan pengetahuan tradisional dengan masyarakat Orang Asli yang menunjukkan keterangkuman dan perkongsian faedah saksama.

"Manakala RM3.3 juta lagi akan diperuntukkan bagi memulakan pembinaan SBP, yang merangkumi kawasan seluas 26 ekar, dengan itu menyokong ekonomi kitaran dan meningkatkan daya tahan alam sekitar," ujarnya.

Menyentuh mengenai Pensijilan Pengurusan Hutan (FMC), beliau berkata ketika ini Sarawak mempunyai 25 hutan semula jadi bertauliah dengan keluasan 2.33 juta hektar serta lapan ladang hutan bertauliah seluas 124,090 hektar.

"Sarawak telah menetapkan sasaran untuk mempersijilkan tiga juta hektar hutan semula jadi dan 178,000 hektar ladang hutan yang layak.

"Inisiatif ini bertujuan melaksanakan amalan pengurusan hutan lestari, mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat, sekali gus meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan hutan serta memupuk keyakinan pasaran global terhadap hasil hutan Sarawak,” jelasnya.

Abang Johari berkata Sarawak akan meneruskan Program Pemulihan Landskap Hutan dengan peruntukan RM4.1 juta tahun depan.

Pelaksanaan program ini katanya, seiring dengan Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

"Sarawak menyasar untuk menanam 35 juta pokok menjelang 2025. Setakat Jun tahun ini (2024), sasaran ini telah berjaya dicapai," ujarnya sambil menambah, RM2.8 juta akan diperuntukkan tahun depan bagi mewartakan kawasam seluas satu juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).

Ujarnya lagi sebagai langkah memelihara hutan dan hidupan liar di Sarawak, RM62 juta diperuntukkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tujuan operasi dan RM21 juta lagi bagi projek pembangunan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.193357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list