CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16097|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak sedia geran penyelidikan RM16 juta tahun depan

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyediakan geran penyelidikan sebanyak RM16 juta tahun depan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, geran itu diperuntukkan sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mempromosikan dan menjana penyelidikan serta inovasi berasaskan sains dan teknologi yang memberi impak tinggi dengan prospek pengkomersialan.

“Daripada peruntukan ini, RM12 juta akan disalurkan kepada Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC), RM3 juta kepada Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) dan RM1 juta kepada Pusat Sains Sarawak (SSC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 (Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Selain itu, Abang Johari berkata, sebanyak RM150 juta akan disediakan pada tahun depan untuk meneruskan pembinaan SIDC yang dijangka siap menjelang September 2026.

"Manakala RM135 juta lagi akan disediakan untuk pembinaan SSC yang dijangka siap pada penghujung 2025," katanya.

Beliau menambah, sejumlah RM25 juta juga akan diperuntukkan kepada Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) pada tahun depan untuk operasi dan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan.

"Bagi mempromosikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam aplikasi mengenai biodiversiti kita, satu Kemudahan Penyelidikan dan Pengeluaran Alga untuk menunjukkan kebolehlaksanaan penanaman di peringkat komuniti dengan ujian percubaan di Gedong telah diluluskan dengan siling sebanyak RM5 juta.

"Malah, sebanyak RM22.5 juta juga disediakan untuk pemerolehan tanah bagi penubuhan kemudahan pengeluaran mikro-alga berskala besar di Gedong," katanya.

Selain itu, bagi menggalakkan, memudahkan dan membangunkan industri sagu dan nipah, Abang Johari berkata kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (SNDB).

"Sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk operasi Lembaga ini dalam Belanjawan ini.

"Untuk menyokong R&D yang sedang dijalankan berkaitan dengan sagu dan biojisim sagu, sejumlah RM18 juta akan diperuntukkan untuk CRAUN Research pada 2025," katanya.

Tambahan pula ujarnya, RM2 juta juga akan diperuntukkan kepada Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak pada tahun depan untuk projek-projek penyelidikan mereka.

“Peruntukan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan negeri ini untuk menjalankan penyelidikan dalam pengurusan tanah gambut tropika Sarawak dengan cara yang mesra alam dan mampan,” jelas beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036345 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list