CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22233|Reply: 0

[Sarawak] RM5 juta bagi kerja-kerja awal projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja awal projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak pada tahun depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan persekutuan telah bersetuju pembinaan pusat tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak terlebih dahulu dan kemudian akan dibayar balik oleh pihak mereka (kerajaan persekutuan).

“Sarawak amat memerlukan pusat kanser ini kerana jumlah pesakit yang menghidap kanser telah meningkat dengan ketara.

“Sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan untuk membina pusat kanser yang canggih di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 (Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Abang Johari berkata, pembinaan Pusat Kanser Sarawak bertujuan menyedakan rawatan kanser yang menyeluruh dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kanser termasuk pemindahan sel stem dan terapi selular.

Beliau menambah, pusat tersebut juga akan menyediakan penyelidikan kanser yang canggih serta latihan dengan berfungsi sebagai hab penyelidikan dan latihan kanser, membangunkan rawatan inovatif dan melatih profesional penjagaan kesihatan yang berkemahiran.

Pada bulan Julai lalu, Abang Johari berkata, Sarawak sudah menerima persetujuan secara rasminya daripada kerajaan persekutuan untuk membina pusat kanser di negeri ini.

Katanya, projek pembinaan pusat kanser itu akan menggunakan dahulu dana daripada Kerajaan Sarawak.

“Hari ini, saya baru sahaja mendapat khabar berita bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk kita (Sarawak) menubuhkan pusat kanser dengan menggunakan dahulu dana kerajaan negeri.

“Saya fikir, ini merupakan kali pertama kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan dana terlebih dahulu untuk projek persekutuan yang berjumlah bilion ringgit dan ia akan dibayar balik kepada Sarawak,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.746712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list