CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35017|Reply: 0

[Sarawak] Bantuan kewangan RM250-RM800 setahun untuk rakyat berpendapatan rendah: Premier

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.  - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 setiap tahun untuk rakyat berpendapatan rendah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari  Tun Openg berkata bantuan dikenali Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) itu merupakan satu lagi inisiatif baharu dan utama diumumkan di bawah Belanjawan Negeri 2025.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, saya dengan sukacitanya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu dan utama, bertujuan meringankan beban kewangan rakyat terutama mereka daripada golongan berpendapatan rendah yang paling terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

"Inisiatif ini dinamakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800 setiap tahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak, penerima yang layak adalah rakyat Sarawak yang tinggal di Sarawak dan jumlah bantuan diterima bergantung kepada pendapatan isi rumah.

Beliau berkata bagi isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM800, warga emas tanpa pasangan dan anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah pula akan mendapat RM400.

Manakala orang bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM250, katanya.

Bantuan ini tambah beliau akan membantu penerima membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

"Bagi tujuan ini, pentadbiran saya akan memperuntukkan RM450 juta tahun depan, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 850,000 penerima. Dengan bantuan ini, saya boleh katakan, setiap orang akan ada makanan untuk dimakan.

"Namun begitu, kebanyakan penerima SKAS juga akan menerima sumbangan kewangan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)," ujarnya.

Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025, Abang Johari juga memaklumkan kerajaan negeri akan terus melabur dalam penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi bagi membantu penduduk yang semakin tua dan memperkasakan golongan itu untuk menjaga kesihatan sendiri.

Beliau berkata bagi tahun 2025, RM50 juta akan diperuntukkan bagi tujuan ini yang dianggarkan memberi manfaat kepada 100,000 warga emas.

"Setiap warga emas yang layak akan mendapat bantuan perubatan tanpa tunai RM500 untuk membayar bil perubatan mereka di klinik panel yang diluluskan.

"Bantuan ini terutama ditujukan kepada kumpulan M40 dan B40, yang kebanyakannya telah bersara atau tidak mempunyai pendapatan yang stabil," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list