CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28008|Reply: 0

[Sarawak] Daftar dengan MCH jika anak perlu penjagaan paliatif

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode


(Depan, enam dari kanan) Lau, Dr Lee dan yang lain bersama-sama memotong kek ulang tahun MCH Sibu pada majlis makan malam penghargaan MCH Sibu di sebuah hotel di Sibu, malam tadi.

SIBU: Ibu bapa yang mempunyai anak memerlukan penjagaan paliatif digesa untuk mendaftar dengan Hospis Kanak-Kanak Malaysia (Sibu) atau MCH bagi mendapatkan sokongan dan perkhidmatan diperlukan.

Presiden Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) Dr Lee Chee Chan, berkata masih ramai ibu bapa belum menyedari kewujudan MCH di Sibu yang merupakan cawangan kedua di Malaysia apabila ditubuhkan pada November tahun lepas.

"Kajian menunjukkan bahawa hospis kanak-kanak boleh mengurangkan kemasukan ke hospital sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi setiap pesakit dan mengurangkan kos perubatan sebanyak 87 peratus, meningkatkan kualiti hidup dengan ketara dan berpotensi memanjangkan jangka hayat sekurang-kurangnya satu tahun.

"Dari tahun lepas hingga tahun ini, MCH Sibu telah berusaha mencapai matlamat ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam penghargaan MCH Sibu di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Walaupun perkhidmatan ini wujud, katanya, hospis di Sibu kurang digunakan kerana kekurangan kesedaran.

“Sibu sangat beruntung kerana mempunyai hospis kanak-kanak, tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya, dan kami tidak menerima banyak rujukan dari doktor kerana kekurangan kesedaran ini.

"Itulah sebabnya malam ini, kami mahu mempromosikan hospis ini kepada semua orang.

"Kami mahu doktor, jururawat, dan pesakit menyedarinya. Kami berharap media dapat membantu menyebarkan berita," tambahnya.

Beliau berkata hospis di Sibu, merupakan salah satu daripada hanya tiga di Malaysia bersama-sama dengan fasiliti di Jalan Kuching di Kuala Lumpur dan Klang.

Beliau juga mendedahkan bahawa MAPPAC akan membuka dua lagi cawangan MCH tahun depan, iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, menjadikan jumlah keseluruhan lima cawangan di seluruh Malaysia.

Di Malaysia, katanya, kira-kira 22 hingga 24 hospis melayani orang dewasa, tetapi kanak-kanak yang memerlukan penjagaan paliatif sering kekurangan sokongan diperlukan.

"Setiap tahun, kira-kira 80,000 kanak-kanak memerlukan penjagaan paliatif, bermakna mereka mempunyai keadaan yang tidak boleh disembuhkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau merakam penghargaan kepada Kumpulan Farley yang telah memberikan sokongan terbaik dalam usaha mewujudkan hospis di Sibu.

Sementara itu, dalam ucapan Pengarah Yayasan Farley Eijing Lau, berkata keputusan untuk menyokong mewujudkan MCH Sibu yang merupakan pertama di Sarawak setahun lalu adalah keputusan yang tepat.

"Sebagai yayasan yang memberi tumpuan kepada membantu golongan yang kurang bernasib baik, kami kemudian bersetuju untuk memberikan sepenuhnya sokongan kewangan dalam menubuhkan pusat tersebut.

"Dibuka secara rasmi tepat setahun yang lalu, saya difahamkan pusat itu kini mempunyai lebih 10 pesakit," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list