CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21158|Reply: 0

[Sarawak] Boleh buat rayuan peralatan elektrik rosak akibat gangguan bekalan elektrik

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (kiri) berbincang sesuatu dengan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Kompleks DUN. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Tiada pembayaran ganti rugi akan dibuat kepada pengguna untuk kerosakan peralatan elektrik yang disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, rayuan ganti rugi boleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada Sarawak Energy.

Rayuan yang dikemukakan haruslah berserta salinan laporan polis, bukti gambar kerosakan dan resit pembaikan peralatan dan Sarawak Energy akan membuat siasatan susulan selepas menerima dokumen tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Dato Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Mohd Chee bertanya adakah SESCO memberi gantirugi bagi kerosakan peralatan elektrik akibat insiden terputus bekalan elektrik dan apakah prosedur bagi pengguna menuntut ganti rugi.

Mengenai jumlah permohonan tuntutan ganti rugi yang diterima SESCO sehingga 30 Oktober 2024, Dr Abdul Rahman berkata sejak 2019 sehingga kini, sebanyak 191 tuntutan ganti rugi telah diterima.

Mohd Chee turut mengemukakan dua soalan tambahan pertama punca yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Kabong dan kedua berapakah jumlah tuntutan ganti rugi yang telah dibayar sehingga kini?

Menjawab pertanyaan itu, Dr Abdul Rahman berkata gangguan bekalan elektrik disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca buruk, banjir kilat dan tanah runtuh, tiang patah akibat dilanggar kenderaan dan kerja penggalian tanah oleh pihak kontraktor.

Punca lain termasuklah pokok tumbang atau gangguan sementara oleh hidupan liar atau sentuhan dahan pokok di bawah dan berdekatan dengan talian.

Manakala jumlah tuntutan ganti rugi yang telah dibayar sehingga kini, adalah berjumlah RM800,000 melibatkan 106 tuntutan ganti rugi, kata Dr Abdul Rahman.  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.199937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list