CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46706|Reply: 14

[Tempatan] Shuib, Pengarah Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai RM1.6 Juta

[Copy link]
Post time 14-11-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by honam at 14-11-2024 04:09 PM




Pelawak
Shuib hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.
Memetik Kosmo, pengarah syarikat Bubblebee Sdn. Bhd iaitu Koh Choon Guan, turut didakwa didakwa atas pertuduhan sama.
Bagaimanapun, kesemuanya selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191, 153.78 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.
Kesalahan itu dilakukan di Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini antara 1 April tahun lalu hingga 1 Februari tahun ini.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan cukai yang belum dibayar adalah tinggi berjumlah RM1.6 juta.
Bagaimanapun, Muhammad Firdaus yang mewakili semua OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang kes itu disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.


Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan Shuib dan Koh diberi ikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 04:24 PM | Show all posts
so, bkn milik dia la bumbel bee tuh, guna nama / pakai lesen je lah

pengarah syarikat Bubblebee Sdn. Bhd iaitu Koh Choon Guan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 04:47 PM | Show all posts
Ujian perniagaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la ke Mekah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb patut kna pi jumpa nuart mintak kecuali cukai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kwsp+perkeso tak bayar, cukai tak bayar, meneger apa la ko neh??
patut la kaya raya...bukak comp+branch merata riti tp style mcm bukak gerai tepi jalan sume taknak byr.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Owhhh

Ni yg ada binik ckp suami tak ambik gaji kan

Tak pe lah kan kaya

Blh la bayar nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cukup skeptical kalo ada org yg claim diri dia kaya. Arwah daim yg mmg btl2 bapak kaya pun x pnh claim diri sendiri kaya. X pnh tayang kemewahan walau pun mmg mewah.

So kalo diri sendiri claim kaya ni mmg sesuashit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Enjoice sana enjoice sini rupanya tak bayar cukai.euuuww
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bayar epf socso cukai bagai ni
Company takda hr/finance dept ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-11-2024 04:24 PM
so, bkn milik dia la bumbel bee tuh, guna nama / pakai lesen je lah

Ali baba
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting check transaksi spy tiada unsur money laundering
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060444 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list