CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40993|Reply: 13

Aksi Licik Seorang Wanita Tukar Telur Gred A Ke Bungkusan Telur Gred B Di Pasar Raya Curi Perhatian

[Copy link]
Post time 15-11-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode





Lazimnya, telur yang terdapat di pasaran terdiri daripada pelbagai saiz dan harga yang berbeza.


Semakin besar saiz telur, semakin tinggilah harganya. Namun, perbezaan harga itu tidaklah terlalu ketara.


Ditambah pula kerajaan pada Jun lalu telahpun menetapkan harga runcit bagi sebiji telur iatu 42 sen bagi telur Gred A, 40 Sen bagi Gred B manakala 38 sen bagi Gred C.


Sebagai pengguna, sudah pastilah perlu membayar harga mengikut gred dan saiz telur yang dibeli.


Tukar Telur Gred A ke Pembungkusan Telur Gred B

Namun, baru-baru ini tular dakwaan yang seorang wanita menukar telur gred A ke bungkusan telur Gred B yang jauh lebih murah menjadi perhatian ramai.


Menerusi video tular yang di akaun X @update11111, kelihatan wanita yang memakai baju dan skirt pendek berwarna hijau sedang mengambil bungkusan yang berisi telur pada sebuah rak di pasar raya terkemuka.





Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen hantaran tersebut yang mendakwa wanita berkenaan menukar telur gred A ke dalam bungkusan yang sedang dipegangnya yang dipercayai dari jenis gred B.


Pada mulanya, dia dilihat membuka bungkusan tersebut dan membelek beberapa telur dari bungkusan yang sama.


Dia kemudiannya dilihat memegang sebelum menukarkan telur berkenaan dengan telur daripada bungkusan yang lain.


“Kantoi tukar telur gred A ke pembungkusan telur gred B,” tulis pemilik akaun berkenaan.


Tindakannya itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengunjung di Facebook yang kebetulan berada berdekatan.


Menurut pemilik video Yi Ting, insiden berlaku di sebuah pasar raya di Bercham, Ipoh. Namun, posting berkenaan sudahpun dipadam.


Namun, sejauh mana dakwaan tersebut tidak dapat disahkan. Malah, tiada bukti yang telur berkenaan di ambil dari bahagian rak telur B.


Ramai Geram & Mahu Tindakan Diambil Terhadap Wanita

Video yang telah mendapat lebih 169,000 tontonan dan turut tular di Facebook nyata mendapat perhatian ramai.


Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan dakwaan wanita itu menukarkan bungkusan telur tersebut.


Malah, mereka yang percaya dengan perkara itu mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut dari berterusan.


Ini kerana ada di antara mereka yang turut berkongsi perkara sama melihat perbuatan tidak bertanggungjawab itu ketika berada di pasar raya.


Berikut antara komen pengguna X:









SUMBER: – Buzzkini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Serupa species Hanat buka botol sabun cium. 1 family. Bertudung ???!

Yg telur ini drama biasa gaya T15 makan tak cukup pula.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes aniaya la wei..
Kalau tukar yg cantik tp sama gred tu ok lg.. Ni tukar gred A ke B
Naya yg beli gred B tp bayar harga A?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bikin malu aje.
Bayangkan, kau ingat kau dah superb gila lah, tukar2 telo gitu. Skali scroll2 social media, nmpk bontot hijau kau, kantoi tgh susun2 telo. Malu wooooo
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 06:50 PM | Show all posts
geleng kepala tgk perangai sesetgh manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 04:58 PM | Show all posts
kalau kes camni geng2 acah liberal tu tak masuk plak ye? tak nak spin salahkan melayu balik ke sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 07:48 PM | Show all posts
aku pernah jumpa spesis yg tambahkan isi dynamo mereka beli dr botol lain. xnak rugi punya pasal. rupa punyala mcm kaya tp peel mcm hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Standardlah perangai DAP.... Kiasu & sangat selfish. Hidup berorientasi kebendaan. Tu belum negara ni berjaya dijadikan republik & fully sekular lagi tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-11-2024 08:20 PM
Standardlah perangai DAP.... Kiasu & sangat selfish. Hidup berorientasi kebendaan. Tu belum negara n ...

Semua bangsa perangai hanat bila beli. Kalau meleis mahu 1 family cium2 buka test spray minyak wangl. Yg si bapa bangga jimat duit beli. Si Mak make up kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 09:19 PM | Show all posts
I selalu buka bekas telur tu untuk check samada ada telur pecah atau yang dah rosak.
KAlau tak check, selalu bila balik rumah ada je telur yang kotor, pecah dan ada sekali tu dah ada ulat.

Itu yang kena check setiap kali nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
org xde agama mcm ni la
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya perangai.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tak baik mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tak berkat buat begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051881 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list