View: 51010|Reply: 1
|
[Tempatan]
Pastikan Petronas hormat undang-undang Sarawak, Putrajaya diberitahu
[Copy link]
|
|
Pastikan Petronas hormat undang-undang Sarawak, Putrajaya diberitahu
https://www.freemalaysiatoday.co ... trajaya-diberitahu/
FMT Reporters
15 Nov 2024, 02:56 PM
Mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, Petronas memiliki hak milik ke atas semua minyak dan gas di seluruh negara, termasuk di Sarawak. (Gambar AFP)
Adun Stakan, Hamzah Brahim mendakwa Petronas ‘angkuh dan degil’ kerana enggan memuktamadkan perjanjian pengagihan gas dengan Petros.
PETALING JAYA: Seorang Adun Sarawak menggesa Putrajaya untuk memastikan Petronas menghormati undang-undang negeri itu, dan memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan hubungan Sarawak dengan kerajaan Madani.
Hamzah Brahim (GPS-Stakan) juga memberi amaran kepada Putrajaya untuk tidak membenarkan ‘keangkuhan dan kedegilan’ Petronas menjadi punca kejatuhan kerajaan Madani, lapor Daily Dayak.
“Saya ingin menekankan dan menggesa agar syarikat minyak negara itu harus patuh dan jangan menghina undang-undang Sarawak,” katanya dalam perbahasan belanjawan 2025 negeri itu semalam.
Hamzah juga mengecam Petronas kerana bermain ‘tarik tali’ dalam memuktamadkan perjanjian pengagihan gas yang menyaksikan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) secara rasmi diiktiraf sebagai agregator tunggal negeri itu.
“Petronas tidak boleh kata, ‘ok, kemudian tunggu’ atau bersetuju dalam satu mesyuarat, dan kemudian berkata mereka akan bincang lagi.
“Kami menggesa kerajaan persekutuan untuk mengambil pendirian serius dan positif bagi segera menyelesaikan perjanjian ini,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Hamzah berkata, Petronas seperti syarikat lain yang beroperasi di Sarawak, masih terikat serta tertakluk dengan undang-undang serta harus mematuhi perundangan negeri itu.
Di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, Petronas memiliki hak milik ke atas semua minyak dan gas di seluruh negara, termasuk di Sarawak.
Namun, kerajaan Sarawak baru-baru ini berusaha untuk mendapatkan kawalan lebih besar terhadap sumber-sumber di dalam negeri menerusi Petros.
Pada Julai, Sarawak mengumumkan hasrat agar Petros mengambil alih urusan pembelian dan penjualan gas di negeri itu serta memberikan tempoh tiga bulan kepada Petronas untuk menyelesaikan semua isu pengagihan gas dengan syarikat minyak milik negeri tersebut.
Pada 31 Okt, Premier Sarawak Abang Johari Openg menyatakan bahawa pertikaian itu telah diselesaikan, dengan Petronas bersetuju secara prinsip untuk membenarkan Petros menjadi agregator tunggal gas bagi Sarawak.
Bagaimanapun, Petronas mempertikaikan kenyataan itu dengan menyatakan bahawa perbincangan masih berjalan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nanti dia worang tuduh semenanjung curi hasil Sawak....pulok....
dia worang memang racist
|
|
|
|
|
|
|
| |
|