View: 30906|Reply: 15
|
Ikan gempa bumi semakin kerap muncul. Petanda apakah?
[Copy link]
|
|
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sejenis ikan digelar ‘ikan gempa bumi’ dilihat di luar pantai California, Amerika Syarikat, yang merupakan kali kedua ia ditemui di negeri itu pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.
Ikan dayung atau ‘oarfish’ itu ditemui oleh seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dari Institusi Oseanografi Scripps di Universiti California, selepas ia terdampar di pantai Encinitas minggu lalu.
Pelajar tersebut melaporkan bahawa ikan itu bersaiz antara 2.7 meter hingga 3 meter panjang. Ia lebih kecil daripada ikan dayung sepanjang 3.6 meter yang ditemui di luar pantai San Diego, California pada Ogos lalu.
Ikan berbadan panjang mirip ular itu sering digelar ikan gempa bumi kerana ia dianggap peramal berita buruk, khususnya bencana atau kemusnahan.
Menurut legenda, jika seseorang terlihat ikan dayung, ia adalah petanda amaran bahawa bencana alam seperti gempa bumi akan berlaku.
Misalnya pada tahun 2011, 20 ikan dayung ditemui di pantai Jepun sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berukuran 9.0 magnitud melanda.
Justeru, penemuan ikan dayung adalah kejadian luar biasa kerana makhluk itu hidup di zon mesopelagik, kawasan air dalam di mana cahaya tidak dapat menembusi.
Namun, saintis-saintis marin mencadangkan bahawa corak cuaca yang berubah boleh menjadi punca penampakan ikan dayung yang lebih kerap. – AGENSI
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Petanda Maha Pencipta |
|
|
|
|
|
|
|
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang
zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai ke penglipur lara, habis jadi naga dongeng. panjang, besar, misai panjang, kuasa sakti bagai. dalam lukisan pun banyak guna gambar ikan ni sebagai mitos dan dongeng rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang
zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai ke penglipur lara, habis jadi naga dongeng. panjang, besar, misai panjang, kuasa sakti bagai. dalam lukisan pun banyak guna gambar ikan ni sebagai mitos dan dongeng rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
perubahan corak cuaca, harap bukan bencana besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols oernah nampak dalam satu bideo ni..
Dia pancing ikan..dapat ikan oarfish ni..memancor2.kaler silver dia..cantik sangat...
Tp tu la..macamana isi dia ek kalau goreng?.mcm.slim.je.ikan.ni..hahha |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-11-2024 11:15 AM
Iols oernah nampak dalam satu bideo ni..
Dia pancing ikan..dapat ikan oarfish ni..memancor2.kaler si ...
Eh boleh ke mkn oarfish ni? Kang gempa bumi dlm perot pulak |
|
|
|
|
|
|
|
masak tempoyak pun sodap neh nyum nyum nyum
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan ni ke yg boleh berenang menegak. Tp scary ye psl petanda gempa |
|
|
|
|
|
|
|
Insomniac replied at 19-11-2024 11:41 AM
Eh boleh ke mkn oarfish ni? Kang gempa bumi dlm perot pulak
Entah le uols..
Orang dok mancing dapat tu takkan dia lepas kam..sebab ikan ni mcm fragile tau..
Lapisan silver dia tu mcm.senang hilang gitu |
|
|
|
|
|
|
|
petanda gempa bumi dan tsunami ler kot dh nama ikan pun ikan gempa bumi.. soalan siap jawapan ke ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 18-11-2024 05:34 PM
oarfish, ikan laut dalam ni memang panjang
zaman dulu, orang nampak ikan ni, bawak cerita, sampai k ...
Masa tu sekor ikan ni panjang dalam 5 meter persis dinosor kot, tu yang dikatakan naga la apa la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|