CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14351|Reply: 7

China laksana eksperimen untuk bina pangkalan di bulan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 08:19 AM | Show all posts |Read mode



Beijing: China sedang berusaha membina pangkalan di bulan pertama dengan melancarkan eksperimen untuk menguji sama ada batu bata pada kemudahan itu boleh dibuat daripada tanah bulan.


Roket kargo yang membawa sampel batu bata dilancarkan pada Jumaat dan menuju ke stesen angkasa Tiangong.


Ia sebahagian daripada misi Beijing untuk meletakkan manusia di bulan menjelang 2030, dan membina pangkalan kekal di sana menjelang 2035.


"China melancarkan kapal kargo Tianzhou-8 dari Pusat Pelancaran Satelit Wenchang pada malam Jumaat untuk menghantar bekalan ke stesen angkasa Tiangong," kata agensi berita negara Xinhua, memetik agensi angkasa lepas China.


Pembinaan pangkalan di bulan adalah satu tugas yang sukar kerana mana-mana struktur perlu menahan sejumlah besar sinaran kosmik, variasi suhu yang melampau dan gempa bulan, dan menghantar bahan binaan ke sana adalah prosedur yang amat mahal.


Saintis dari sebuah universiti di wilayah Wuhan berharap pembinaan pangkalan di bulan itu boleh menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.


Mereka mencipta satu siri prototaip batu bata diperbuat daripada pelbagai komposisi bahan yang terdapat di bumi, seperti basalt, yang meniru tanah di bulan.


Batu bata akan diuji dengan ketat sebaik sahaja ia sampai ke stesen angkasa.


"Ia terutamanya (berhubung) pendedahan," kata Zhou Cheng, seorang profesor di Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di Wuhan.


"Ringkasnya, kami meletakkan (bahan) di angkasa dan biarkan ia duduk di sana... untuk melihat sama ada ketahanannya, prestasinya akan merosot di bawah persekitaran yang melampau."


Suhu di bulan boleh berubah secara drastik antara 180 dan -190 darjah Celsius.


Kekurangan atmosfera bermakna bahan itu terdedah kepada sinaran kosmik yang banyak serta mikrometeorit, manakala gempa bulan boleh melemahkan mana-mana struktur di permukaannya.


Percubaan pendedahan ini berlangsung selama tiga tahun, dengan sampel dihantar semula untuk ujian pada setiap tahun.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sembang je. nanti guna green screen
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn mcm ok. tacot kite tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:09 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 21-11-2024 11:11 AM

bulan ni bukan tempat duduk, kalau ke mars, venus, uranus, etc semua tu boleh la...itu semua planet

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh percaya ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
buat livestream la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
yelah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
FUHH!..  BULAN pon dia punya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054107 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list