CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10754|Reply: 1

[Kedah] 'MB Kedah boleh berdrama, tapi tidak dengan kifarahnya'

[Copy link]
Post time 21-11-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-11-2024 10:29 AM

'MB Kedah boleh berdrama, tapi tidak dengan kifarahnya'

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
21 November 2024 09:24am




Azizul berkata DSAT telah mengarahkan barisan peguam mereka untuk menyerahkan LOD secara serahan tangan kepada MB Kedah pada Khamis.




ALOR SETAR - “Menteri Besar Kedah boleh bermain dengan drama, tapi tidak dengan kifarahnya,” kata Pengerusi Eksekutif DSAT Group Sdn Bhd, Datuk Seri Azizul Tandek pada malam Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menjelaskan kenyataan yang dibuat pada 7 November lalu semasa sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) adalah bersifat umum.

Menurut Azizul, bagi DSAT Group, mereka yakin dapat membuktikan di mahkamah bahawa kenyataan tersebut memang ditujukan kepada mereka.

“Di mahkamah nanti, DSAT akan meminta pihak defendan untuk mengemukakan dan mendedahkan semua nama syarikat yang pernah terlibat dalam penipuan seperti yang dinyatakan oleh MB Kedah.

“Ini akan membantu membersihkan nama baik DSAT Group di mahkamah,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya.

Tambah beliau, walau apa pun, DSAT Group tetap akan menyaman MB Kedah sebanyak RM1 bilion.

Menurutnya, DSAT telah mengarahkan barisan peguam mereka untuk menyerahkan Surat Tuntutan (LOD) secara serahan tangan kepada MB Kedah pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi belum menerima LOD daripada DSAT Group berhubung kenyataannya tentang isu pengambilalihan pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 7 November lepas.


Beliau memaklumkan, saman dikemukakan syarikat terbabit kepada dirinya akan menjadi sejarah sekiranya ia benar-benar berjumlah RM1 bilion.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi menegaskan, kenyataan dibuat tentang pihak yang mahu mengambil alih kelab bola sepak terbabit adalah bersifat umum, sekali gus tidak ditujukan kepada syarikat atau individu tertentu.


https://www.sinarharian.com.my/article/697781/edisi/utara/mb-kedah-boleh-berdrama-tapi-tidak-dengan-kifarahnya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:12 AM | Show all posts
apa benda barua ni ckp tak faham kes apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039359 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list