CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11171|Reply: 0

[Sarawak] Penggiat laman sosial disaran hasilkan kandungan bersifat pendidikan

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode


Leslie (tengah) dan Abun (depan kiri) bersama-sama memotong kek sempena meraikan ulang tahun kedua penubuhan PYS.
MIRI: Para penggiat laman sosial di negeri ini jangan hanya tahu mengikut trend semata-mata tetapi perlu memikirkan kesan jangka panjang kandungan yang disampaikan kepada penonton.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, para penggiat laman sosial juga perlu menggalakkan pembelajaran dan mahu mereka menonjolkan warisan Sarawak dengan cara yang berkesan.

Beliau memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kedua Persatuan YouTuber Sarawak (PYS) pada 16 November lalu.
Teks ucapan beliau dibacakan wakilnya Kaunselor Leslie Lau.

"Saya ingin menggalakkan semua ahli PYS di sini supaya terus menghasilkan kandungan yang melangkaui sekadar hiburan.

"Jadikan video anda sebagai jambatan untuk menghubungkan penonton kepada ilmu, budaya dan kesedaran.

"Kandungan yang bersifat pendidikan amat bernilai, kerana dengan mengajar, berkongsi dan menerangkan sesuatu, anda membantu penonton meluaskan pengetahuan mereka dan memberi mereka maklumat yang boleh memberi kesan positif dalam kehidupan mereka," katanya.

Dalam ucapannya Ting memuji ahli-ahli persatuan itu yang menggunaan platform mereka bukan sahaja untuk menghibur tetapi juga untuk mendidik, memberi maklumat dan memperkenalkan keindahan serta kekayaan Sarawak kepada dunia.

"Matlamat PYS sangat mengagumkan.

"Daripada mempromosikan keindahan alam semula jadi, budaya yang kaya dan masakan tradisional Sarawak hingga membantu sesama insan dan memperkasakan komuniti kita, anda semua memainkan peranan penting dalam menonjolkan keunikan negeri kita ini," tambahnya.

"Namun, kita semua sedar bahawa menjadi seorang YouTuber datang dengan cabaran tersendiri.

"Salah satu cabaran utama ialah mencari keseimbangan antara menghasilkan kandungan yang popular dan menghasilkan kandungan yang berkualiti serta bermakna.

"Kadang-kadang, tekanan untuk mendapatkan tontonan atau 'like' boleh mendorong pencipta kandungan ke arah sensasi atau trend yang cetek," tambahnya.

Ting dalam ucapannya juga mengingatkan ahli persatuan agar sentiasa menitikberatkan kualiti kandungan video mereka kerana ia akan membezakan mereka dengan yang lain dalam jangka masa panjang.

Justeru, untuk memberikan persembahan yang cemerlang, amat penting bagi mereka sentiasa memperbaiki kemahiran diri, bukan sahaja dalam videografi dan penyuntingan tetapi juga dalam pelaporan, penceritaan dan memastikan fakta yang tepat.

"Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan, asah kreativiti anda dan sentiasa terbuka untuk menerima maklum balas.

"Apabila anda konsisten menghasilkan kandungan yang terperinci, bermaklumat dan menarik, anda akan berjaya membina audiens yang setia," tambahnya.

Hadir sama di majlis makan malam tersebut ialah Pengerusi PYS Abun Bilun.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list