CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8912|Reply: 0

[Kedah] JPS naik taraf 140 stesen telemetri pantau banjir di Kedah, bangun PRAB

[Copy link]
Post time 28-11-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode
JPS naik taraf 140 stesen telemetri pantau banjir di Kedah, bangun PRAB

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





SUNGAI Padang Terap di Kedah yang sudah melepasi paras amaran hari ini, susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli.




Alor Setar: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membangunkan Sistem Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) selain menaik taraf 140 stesen telemetri pemantauan banjir di seluruh Kedah dengan kos RM10.8 juta.

Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, apabila projek itu siap kelak, amaran banjir dapat dikeluarkan seawal dua hari sebelum bencana, menggunakan model ramalan termasuk data daripada stesen hidrologi yang dibangunkan.

"JPS juga menerima peruntukan Program Pembangunan Sistem Hidrologi dan Pemantauan Alam Sekitar dari kerajaan negeri sebagai inisiatif mengurangkan risiko kerugian harta benda dan nyawa ketika berlakunya banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Suffian Yusoff (PN-Bandar Baharu) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mohamad Yusoff@ Munir berkata, bagi mengurangkan masalah banjir dalam jangka masa panjang, JPS menerima peruntukan RM95 juta daripada Kerajaan Persekutuan membabitkan skop pengurusan banjir, tahun ini.

Katanya, menerusi peruntukan pembangunan negeri setiap tahun disalurkan untuk program tebatan banjir pula, sebanyak RM2.95 juta diluluskan kepada JPS Kedah.

"Ia membabitkan projek RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, selain kerja-kerja tebatan banjir di Kampung Bukit Lerek (Pokok Sena), kawasan rumah pam Taman Intan (Kota Setar), kawasan Taman Rambai di Alor Mengkudu dan beberapa tempat lain," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan juga dilaksanakan oleh JPS melalui peruntukan mengurus setiap tahun oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, JPS juga bekerjasama dengan agensi-agensi pusat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi memberikan amaran cuaca dan status aras air semasa sungai-sungai utama, selain mewujudkan bilik gerakan pemantauan banjir.

Katanya, turut dilaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta.

"Kita juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir membabitkan kos RM2 juta di seluruh negeri pada tahun ini, manakala kerja kecemasan menerusi peruntukan Persekutuan bagi kerja memulihkan saliran dan parit serta struktur kawalan dan pembetungan sebanyak RM5.65 juta," jelasnya.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 1:15pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160104/jps-naik-taraf-140-stesen-telemetri-pantau-banjir-di-kedah-bangun-prab







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.979346 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list