CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6110|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tukang masak, pengurus acara dituduh baling 'bom petrol', buat khianat

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Tukang masak, pengurus acara dituduh baling 'bom petrol', buat khianat


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof -Disember 2, 2024 @ 12:52pm [email protected]





BUTTERWORTH: Seorang tukang masak dan pengurus acara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat menggunakan api selama dua hari berturut-turut di sebuah kediaman terletak di Kampung Jawi, Sungai Bakap, dekat sini, pada 15 dan 16 September lalu.

Tertuduh, Heng Xavier, 23, dan Lee Ho Meng, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh secara bersama didakwa telah melakukan khianat menggunakan api dengan membuang botol berisi minyak petrol bertujuan menyebabkan kebakaran pada bahagian hadapan sebuah rumah.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah terletak di Lorong 8, Kampung Jawi, Sungai Bakap dalam Daerah Seberang Perai Selatan, kira-kira jam 3.46 pagi pada 16 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka secara bersama sekali lagi didakwa melakukan khianat dengan niat menyebabkan kemusnahan terhadap sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda serta kediaman di lokasi sama, kira-kira jam 2.20 pagi pada 15 September lalu.

Pendakwaan terbabit masing-masing dikemukakan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Benjamin Tan Yi Bin.

Semasa prosiding, Wan Amira menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh namun Benjamin memohon kadar itu dikurangkan kerana kedua-dua anak guamnya mempunyai tanggungan selain mereka telah direman selama kira-kira 54 hari.

Menurut Benjamin, anak guamnya yang pertama iaitu Xavier sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan berusia 14 bulan serta perlu menanggung isteri dan ibu selain masih belajar untuk menduduki peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Manakala Hoo Meng pula katanya, perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit kemurungan selain perlu menghantar wanita berusia 50 tahun itu menjalani pemeriksaan di hospital secara berkala.

Nor Azah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan iaitu berjumlah RM14,000 setiap seorang, dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali pada sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.




Tukang masak, Heng Xavier dan pengurus acara, Lee Ho Meng, diiringi polis di Mahkamah Butterworth, atas dua pertuduhan melakukan khianat api selama dua hari berturut-turut di sebuah kediaman terletak di Kampung Jawi, Sungai Bakap pada 15 dan 16 September lalu. - Foto NSTP/Danial Saad







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2024 02:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.313759 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list