CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39376|Reply: 11

[Tempatan] Ahli politik profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos

[Copy link]
Post time 19-12-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Ahli politik profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos

https://www.sinarharian.com.my/a ... di-malaysia---ipsos

NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
19 Disember 2024 01:43pm


Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.

SHAH ALAM - Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu sebanyak 41 peratus dan 36 peratus.

Perkara berkenaan didedahkan menerusi kajian ‘Kepercayaan Terhadap Profesion’ yang dijalankan firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) dari 24 Mei hingga 7 Jun lalu, membabitkan 23,530 responden secara dalam talian dari 32 buah negara.

Selain itu, menteri kerajaan turut menjadi kerjaya yang tidak dipercayai masyarakat dengan kadar peratusan sebanyak 35 peratus.


Pada peringkat global, kepercayaan terhadap profesion doktor, saintis dan pelayan adalah lebih tinggi daripada rakyat Malaysia.

Seterusnya diikuti eksekutif pengiklanan dan pemimpin agama yang mana mencatatkan nilai peratusan sama iaitu 30 peratus.

Berdasarkan tinjauan antarabangsa, masyarakat dunia turut mengakui ahli politik merupakan profesion yang tidak boleh dipercayai apabila mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 58 peratus.

“Kira-kira sepurah daripada purata penduduk global kurang mempercayai ahli politik, pempengaruh media sosial dan menteri kerajaan.

“Rakyat Malaysia khususnya cenderung mempamerkan rasa kurang percaya yang lebih rendah berbanding purata global,” kata kenyataan itu pada Khamis.


Profesion guru meraih nilai kebolehpercayaan tertinggi dengan 59 peratus rakyat Malaysia.

Menerusi tinjauan sama, profesion guru meraih nilai kebolehpercayaan tertinggi dengan 59 peratus rakyat Malaysia menganggap kumpulan berkenaan boleh dipercayai.

Seterusnya, doktor sebanyak 55 peratus, saintis (49 peratus), angkatan tentera (49 peratus), hakim (46 peratus), polis (42 peratus, jurubank (40 peratus), pembaca berita (40 peratus), peguam (39 peratus) dan pelayan (38 peratus).

“Bagaimanapun pada peringkat global, kepercayaan terhadap profesion doktor, saintis dan pelayan adalah lebih tinggi daripada rakyat Malaysia.

“Ini kerana doktor mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak 58 peratus, saintis (56 peratus) dan pelayan (44 peratus),” jelas Ipsos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
TOKMOH xde dlm senarai...ramainya caya ngn TOKMOH...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci politician sebab masing masing percaya diri sendiri mampu jadi politician yang berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat mcm mn sbb politician yg selalu dispotlight mmg stock yg sampah2. Tp yg btl2 buat kerja stay low profile.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Harini menang,Esok harga minyak turun
Tu bukan politaik
Tu polibabi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 10:19 AM | Show all posts
Ahli politik dan pempengaruh media sosial berbangsa mana yang paling anda X PERCAYA .. Melayu, Cina atau India ?

Hal yang sama untuk GURU ....Tetapi yang paling anda PERCAYA ?


Silakan jawab dengan JUJUR dan CERDAS ....Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 20-12-2024 07:25 AM
Harini menang,Esok harga minyak turun
Tu bukan politaik
Tu polibabi

Mana aci.. saya ckp 20 tahun sudah... Skrg mmg laa tak leh turun..


Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 12:02 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 20-12-2024 12:37 PM

malaysia, negara kartel komunis.
triad chinese, kongsi gelap cina. milik dragon 9.

ahli politaik melayu, juga pemimpin2 melayu di atas,
semua manusia munafik, pengkhianat.
spesis2 kebulur "duit derma" cina kafir harbi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 20-12-2024 10:19 AM
Ahli politik dan pempengaruh media sosial berbangsa mana yang paling anda X PERCAYA .. Melayu, Cina ...

kami ada ES TEH:
negara tertangga pasti iri.
negara tertangga pasti ketar ketir...
                     
              
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 08:37 AM | Show all posts
Berilah jawatan PM pada Tun M sekali lagi.
pasti Wajah Malaysia berubah.

dan di hormati dunia

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni contoh politician yg  merosakkan kebolehpercayaan rakyat terhadap politician

Hari Jumaat dia baca khutbah atas mimbar

Hari Sabtu dia doggy atas China Doll

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.198729 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list