View: 40083|Reply: 8
|
Wanita gigit lengan anggota polis di kedai kopi
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Seorang wanita dihukum penjara 10 minggu oleh sebuah mahkamah kerana menggigit lengan anggota polis yang menghalangnya minum di sebuah kedai kopi, lapor portal berita MSNews hari ini.
Koh Chu Sing, 77, dan dua rakannya minum arak pada lewat malam di sebuah kedai kopi yang sebelum ini dijual kepada syarikat Kumpulan Chang Cheng pada harga SGD$40 juta (RM132 juta).
Selepas polis dimaklumkan bahawa Koh dan rakan-rakannya sedang minum, beberapa anggotanya pergi ke tempat kejadian untuk mendesak mereka berhenti kerana ia menyalahi undang-undang kawalan arak untuk minum di tempat terbuka pada lewat malam.
Koh kemudian mengangkat gelasnya di hadapan anggota polis dalam percubaan yang jelas untuk meminumnya.
Apabila Koh melakukan perbuatan itu, seorang anggota polis cuba memegang gelas itu tetapi dia menggigit lengan polis tersebut.
Koh mengaku salah di sebuah mahkamah Singapura kelmarin dan dijatuhi hukuman penjara 10 minggu. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
negara lain pun tak boleh minum arak open2 tak berlesen..... kat sini... bersepah org minum arak luar kedai yg tkde lesen |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 20-12-2024 12:01 PM
negara lain pun tak boleh minum arak open2 tak berlesen..... kat sini... bersepah org minum arak lua ...
nampk tak 'kebaikkan' itu satu kelemahan yg dieksploitasi dgn menyatakan ' hak2 mereka ditindas'. |
|
|
|
|
|
|
|
That's shameful act, how can someone do that. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kt malaysia polis tu yg kene kecam balik sebab sekat kebebasan manusia kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
|
dan 'negara lain' itu ialah Singapore, a first world country with first world mentality where this kind of behaviour is an exception. Tiada puntung rokok merata2, chewing gum is banned, polis tak makan rasuah, tiada racial kuota. Ha sambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Koh Chu Sing, 77, dan dua rakannya minum arak pada lewat malam di sebuah kedai kopi yang sebelum ini dijual kepada syarikat Kumpulan Chang Cheng pada harga SGD$40 juta (RM132 juta). --- motif kena bgtau info ni pada umum? Ntah apa2 la laporan berita skrg ni huhiii |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dekat sini terus dipetik peruntukan pelembagaan kononnya ada jaminan nak amal budaya bangsa dia.. mabuk2 bagai ni, kang bila dah terlanggar mati org tepi jalan dan tu dia buat oku.. pastu kitol2 melayu ni tak berkutik pun bela bangsa dia sendiri.. tak dapat kena puji nanti ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|