CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13303|Reply: 1

[Johor] Penjual kelapa didakwa rogol anak saudara teman wanita

[Copy link]
Post time 23-12-2024 08:35 AM | Show all posts |Read mode

LOONG Kam Faht, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. FOTO ihsan PDRM

Johor Bahru: Seorang penjual kelapa didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel di Tampoi, Julai lalu.

Tertuduh, Loong Kam Faht, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya di sebuah hotel di Taman Munsyi Ibrahim, Tampoi, di sini.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada kira-kira jam 10.30 pagi pada 2, 9 dan 29 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili, Syufri A Samad.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh susulan kesalahan yang dilakukan berat selain dibimbangi mengganggu saksi pendakwaan.

Namun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin, pendakwaan mencadangkan jaminan berjumlah RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Bagaimanapun, Syufri yang mewakili anak guamnya memohon jaminan rendah susulan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menanggung ibunya berusia 68 tahun, yang menderita menghidap kencing manis dan sakit jantung.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Hakim turut memerintahkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mana-mana saksi pendakwaan, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Februari depan bagi serahan dokumen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 11:30 AM | Show all posts
eh byk pulak masa dia dpt peluang merogol mangsa ni..
ke mangsa mmg tggl dgn dia sampai mudah sgt dia dpt access ke mangsa..

patut bagi mkn boya je org gini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.046956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list