CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13486|Reply: 0

[Johor] Jangan percaya pelaburan janji untung lumayan jika tidak mahu menyesal

[Copy link]
Post time 23-12-2024 08:38 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Seorang peniaga kerugian hampir RM1 juta gara-gara terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi.

Mangsa, lelaki warga emas berusia 61 tahun terjebak dengan skim pelaburan itu selepas tertarik dengan iklan menerusi Facebook pada 23 September lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa kemudian berurusan dengan seorang individu tidak dikenali menerusi WhatsApp.

Beliau berkata, individu terbabit turut meyakinkan mangsa sekiranya menyertai pelaburan terbabit, warga emas itu akan menerima pulangan jauh lebih tinggi dalam tempoh singkat.

"Bermula 8 November hingga 17 Disember lalu, mangsa memasukkan wang untuk pelaburan ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM823,000.

"Mangsa kemudian ditunjukkan keuntungan diterima melalui aplikasi pelaburan berjumlah kira-kira RM1.1 juta.

"Mangsa mahu mengeluarkan keuntungan itu malangnya, individu terbabit memintanya membuat sejumlah pembayaran lain jika mahu mendapatkan hasilnya," katanya dalam kenyataan.

Shahrulanuar berkata, mangsa tidak menuruti permintaan individu terbabit kerana mula curiga dengan kesahihan pelaburan berkenaan.

Katanya, mangsa sedar dia ditipu individu terbabit sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Usahlah terlalu percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan kadar keuntungan lumayan dalam tempoh singkat." katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 1.003038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list