CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53623|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pembantu kedai didakwa tipu urusan sewa rumah tak wujud

[Copy link]
Post time 28-12-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Iman Qistina Sari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menipu urusan sewa rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian keseluruhan bernilai RM3,850 pada Oktober dan November lalu. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menipu urusan sewa rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian bernilai RM3,850 pada Oktober dan November lalu.

Tertuduh, Iman Qistina Sari, 20 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan itu, Iman Qistina menipu empat individu dengan cara memperdayakan mangsa untuk mempercayainya mengenai urusan sewa rumah yang tidak wujud dan dengan curang mendorong mereka untuk membuat bayaran berjumlah antara RM550 hingga RM1,300.

Oleh itu, tertuduh dengan curang mendorong mangsa untuk membuat bayaran kepadanya yang mana mangsa tidak akan membuat bayaran itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Angsamas dan Taman Permai, Seremban pada Oktober dan November lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh sama turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan dengan curang menyalahgunakan harta iaitu sebuah motosikal jenis SYM kepunyaan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10.30 pagi di Taman Angsamas, pada 7 September lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Ali Yaacob Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Izzati Mohd Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roslaili Alias yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga.

Menurutnya, bapa kepada anak guamnya menghidap masalah buah pinggang dan terpaksa ditidurkan, manakala ibunya menghidap sakit jantung," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua lima pertuduhan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Februari depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.419161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list