CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42464|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Terima kasih 'abang polis'

[Copy link]
Post time 29-12-2024 07:26 AM | Show all posts |Read mode

Dua anggota polis membantu menukarkan tayar kereta R Tamil Chelvi

Bahau: "Terima kasih kerana sudi membantu saya. Kehadiran dua anggota polis itu membuatkan saya terharu, malah sangat melegakan hati saya yang gementar serta risau memikirkan tayar kereta yang pecah sambil menunggu suami," kata R Tamil Chelvi.

Tamil Chelvi, 42, mendapat perhatian susulan perkongsian gambar dua anggota Unit Ronda Bermotosikal Balai Polis Bahau, Koperal Nasirudin Harun dan Konstabel Muhammad Shafiq Mohd Pilus yang membantu menukar tayar keretanya yang pancit, 19 Disember lalu.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, kereta dipandu Tamil Chelvi yang juga guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Sagga, Port Dickson mengalami masalah tayar ketika wanita itu dalam perjalanan pulang dari Port Dickson ke rumahnya di Bahau.

Berkongsi kisahnya, Tamil Chelvi berkata, ketika sedang memandu dia merasakan kereta seperti lain namun tetap meneruskan perjalanan sebelum terdengar bunyi bising tayar dan berhenti di tepi jalan.

"Rupanya tayar kereta saya pancit dan sudah koyak (pecah) teruk.

Saya terus kunci kereta dan berdiri di tepi jalan sambil telefon suami saya untuk minta bantuan kerana saya memang tak pandai tukar tayar kereta.

"Saya kemudian memandu kereta dalam keadaan tayar pancit dari Dangi ke pekan Jelai, saya pandu perlahan-lahan untuk mendapatkan pertolongan di pekan itu," katanya ketika dihubungi, di sini.

Bagaimanapun katanya, ketika menunggu suami tiba, dia dihampiri dua anggota polis berkenaan yang bertanyakan keadaannya di tepi jalan sebelum dia menunjukkan keadaan tayar keretanya.

"Saya memang rasa gementar dan risau kerana saya tak pernah melalui pengalaman seperti ini. Saya terharu kerana mereka tetap bersedia membantu saya biarpun sedang dalam tugas rondaan.

"Tanpa berlengah dua anggota itu terus mengalihkan kereta saya ke kawasan lebih selamat dan sesuai untuk menukar tayar kereta.

"Saya terharu dengan keprihatinan anggota berkenaan dan sangat hargai bantuan mereka yang sentiasa disanjungi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.533067 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list