CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40790|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kereta terbabas, terbakar selepas langgar bateri ditinggal di tepi jalan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Kereta terbabas, terbakar selepas langgar bateri ditinggal di tepi jalan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 30, 2024 @ 7:32pm [email protected]





Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kereta di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di Pulau Pnang. - Foto ihsan bomba





BAYAN LEPAS: Sebuah kereta terbabas dan terbakar selepas dikatakan terlanggar bateri yang ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 18 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, hari ini.

Kejadian membabitkan kereta jenis Mercedes C200 itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk di arah Batu Kawan menuju Batu Maung sehingga lebih lima kilometer.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohd Firdaus Mohd Saad, berkata sepasukan 12 anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi penyelamatan dengan dibantu BBP Batu Kawan, sebaik menerima panggilan jam 3.18 petang.

"Sebaik tiba, dua mangsa yang menaiki kereta itu membabitkan lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an berjaya menyelamatkan diri.



Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kereta di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di Pulau Pnang. - Foto ihsan bomba


Anggota bomba memeriksa kereta yang terbakar di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di Pulau Pnang. - Foto ihsan bomba


"Pasukan penyelamat mengambil masa 15 minit untuk memadam dan mengawal kebakaran itu," katanya hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan kenderaan itu dipercayai terlanggar bateri kereta ditinggalkan di tepi jalan sebelum terbabas dan terbakar.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1342879/kereta-terbabas-terbakar-selepas-langgar-bateri-ditinggal-di-tepi-jalan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.429732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list