CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39051|Reply: 0

[Johor] Pandu lawan arus, lari SJR, lelaki dipenjara 10 hari

[Copy link]
Post time 30-12-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


MUHAMMAD Syafiq dipenjara 10 hari dan denda RM10,000 kerana padu melulu dan berbahaya. FOTO Izz Laily Hussein.

Johor Bahru: Pekerja kedai makan dipenjara 10 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan memandu kereta secara melulu dan berbahaya, Jumaat lalu.

Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas menjatuhkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini, selepas tertuduh, Muhammad Syafiq Jefri, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu Proton Saga secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi melawan arus serta tidak berhenti di lampu isyarat merah dan persimpangan.

Perbuatan yang membahayakan pengguna jalan raya lain dilakukan di Jalan Lingkaran Dalam di sini, pada 3.45 pagi, Jumaat lalu dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam rayuannya, Muhammad Syafiq yang tidak diwakili peguam memohon hukuman dikurangkan mengambil kira dia baru sahaja bekerja dan isterinya sedang mengandung.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Inspektor S Vikineswary memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

"Tertuduh melakukan aksi pusingan U di laluan yang tidak dibenarkan dan melawan arus kerana lari dari sekatan jalan raya (SJR). Tertuduh kemudian membuat aksi 'zig-zag' dan mencelah (antara) kenderaan, yang mana ia berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga pemandu lain.

"Tertuduh juga tidak berhenti di lampu isyarat merah," katanya.

Selain hukuman diputuskan, mahkamah juga menetapkan tertuduh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.



Disiarkan pada: Disember 30, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.132580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list