CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8022|Reply: 0

[Sarawak] SKAS: Ratusan banjiri CityONE untuk urus akaun Sarawak Pay

[Copy link]
Post time 6-1-2025 10:44 AM | Show all posts |Read mode


Orang ramai kelihatan membanjiri CityONE Megamall pada Sabtu bagi menguruskan permohonan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). - Gambar UKAS

KUCHING: Biarpun hujung minggu, orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi Pejabat S Pay Global bagi menguruskan akaun Sarawak Pay bagi membolehkan mereka menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kira-kira 200 orang kelihatan membanjiri CityONE Megamall pada Sabtu bagi menyelesaikan permohonan bantuan tersebut yang akan disalur menggunakan aplikasi Sarawak Pay.

Pelbagai lapisan masyarakat juga telah hadir dengan kaunter dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang.

Tinjauan juga mendapati orang ramai sanggup berbaris panjang menunggu angka giliran, manakala setelah mendapat nombor giliran mereka akan menunggu untuk dipanggil ke kaunter.

Difahamkan, kaunter Service Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak turut dibanjiri orang ramai untuk mendapatkan bantuan bagi permohonan SKAS.

Untuk rekod, SKAS menyediakan bantuan kewangan tahunan daripada RM250 hingga RM800 untuk membantu golongan keperluan membeli keperluan asas.

Penerima yang layak adalah warga Sarawak yang menetap di negeri ini dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dengan nilai bantuan sebanyak RM800, warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400 dan orang bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.359822 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list