CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7713|Reply: 0

[Sarawak] Hanya parti asal Sarawak miliki ‘DNA’ utamakan kepentingan Sarawak

[Copy link]
Post time 6-1-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Kepentingan mempunyai parti politik asas tempatan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) terletak pada keupayaannya melindungi kepentingan rakyat Sarawak dengan lebih berkesan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat Kaunselor Kevin Lau (gambar) percaya hanya parti politik yang berasal dari Sarawak mempunyai 'DNA' yang mampu mengutamakan kepentingan Sarawak.

Lau menerusi satu kenyataan di sini hari ini berkata, adalah normal bagi rakyat Sarawak menginginkan parti yang berakar umbi di negeri ini menjadi suara mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara.

"Adalah wajar untuk kita mahukan seseorang yang serasi dengan kita dari segi pemikiran dan tindakan untuk menyuarakan pendapat bagi pihak kita.

"Malah, kita cenderung untuk mempercayai individu seperti itu untuk memperjuangkan kepentingan terbaik kita," kata Lau yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan.

Oleh itu, adalah logik untuk melihat sokongan terhadap GPS semakin kukuh.

"Saya percaya GPS diterima dan mendapat sokongan yang meluas daripada rakyat kerana ia melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

"Sebagai gabungan yang berasaskan tempatan dan terdiri daripada parti-parti tempatan, GPS juga merupakan benteng kepercayaan dalam mempertahankan autonomi Sarawak dan memperjuangkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," tambahnya.

Secara peribadi, Lau berkata beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap GPS kerana gabungan itu memastikan kepentingan Sarawak tidak dibayangi oleh pengaruh luar, membolehkan rakyat Sarawak menentukan hala tuju sendiri dalam kerangka Malaysia.

Selain itu katanya, peranan GPS melangkaui soal autonomi politik.

Ia turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak, serta memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan komuniti yang pelbagai, jelasnya.

"Rakyat perlu memanfaatkan perpaduan dan kekuatan ini untuk memberikan sokongan padu kepada GPS dalam perbincangan di peringkat nasional.

"Perpaduan dan sokongan ini juga akan memastikan kedudukan Sarawak diwakili dengan kuat di peringkat kebangsaan, terutamanya dalam menangani dasar dan isu yang memberi kesan langsung kepada masa depan negeri ini.

"Melalui perpaduan dan kepimpinan tempatan ini, Sarawak akan terus berkembang maju dan menyumbang secara bermakna kepada pembangunan Malaysia secara keseluruhan," tambahnya.

Lau turut memberi perhatian terhadap apa yang sering ditekankan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam banyak ucapan beliau bahawa Sarawak yang lebih kuat akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan Malaysia.

Oleh itu katanya, adalah penting bagi semua rakyat Sarawak memahami perkara ini dan bersatu hati untuk memastikan keperluan serta aspirasi unik Sarawak diberi perhatian dalam agenda nasional.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.195462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list