CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4115|Reply: 0

[Sarawak] Perkhidmatan bergerak SUPP Bawang Assan dapat sambutan menggalakkan

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Lau (dua kiri) bersama pasukannya membantu warga emas mengisi borang permohonan Kenyalang Gold Card dan lain-lain perkhidmatan semasa program outreach SUPP Cawangan Bawang Assan di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

SIBU: Perkhidmatan bergerak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan mendapat sambutan menggalakkan semasa sesi outreach di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Pengerusinya Kaunselor Kevin Lau, berkata ramai pengunjung hadir untuk mendapatkan bantuan berhubung permohonan kad warga emas iaitu Kenyalang Gold Card dan Program Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB).  

“Sambutan pagi ini sangat baik. Kami mendapati masih ramai yang belum memiliki Kenyalang Gold Card dan tidak menyedari faedah yang disediakan melalui kad ini,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, Lau menjelaskan, masih ramai pemohon tidak mengetahui keperluan untuk menyenaraikan pewaris dalam borang permohonan.


Pasukan Perkhidmatan bergerak SUPP Cawangan Bawang Assan merakam gambar kenangan semasa sesi outreach di Pasar Sentral Sibu hari ini.

“Ini adalah cabaran utama yang kami hadapi, tetapi kami tetap membantu mereka melengkapkan borang dan akan membuat susulan bagi memastikan semua maklumat diperlukan dapat diperolehi,” katanya.

Dalam itu, perkhidmatan bergerak tersebut juga membantu orang awam mengemas kini maklumat dalam aplikasi S Pay Global mereka.

Menurut Lau, perkhidmatan bergerak SUPP Bawang Assan kebiasaannya dijalankan di kawasan luar bandar dan sekitar kawasan konsituensi mereka.
Bagaimanapun, kali ini mereka memilih lokasi yang lebih strategik di Pasar Sentral Sibu.

“Kami mengambil inisiatif untuk membawa perkhidmatan ke lokasi tumpuan orang ramai dan membuka penyertaan kepada semua, tanpa mengira kawasan konsituensi.

“Matlamat utama kami ialah meningkatkan kesedaran mengenai Kenyalang Gold Card dan Program Manfaat Kesihatan Warga Emas, serta membantu sebanyak mungkin individu,” jelasnya.  

Selain membantu permohonan Kenyalang Gold Card, kata Lau, pasukan perkhidmatan bergerak SUPP juga bersedia menangani pelbagai isu komuniti.

“Perkhidmatan bergerak kami meliputi pelbagai aspek. Penduduk boleh datang kepada kami jika mempunyai sebarang masalah berkaitan komuniti atau isu lain yang memerlukan perhatian.

“Pasukan kami terdiri daripada Ketua Masyarakat dan kaunselor dari Majlis Daerah Luar Bandar serta Majlis Perbandaran Sibu,” katanya.  

Tambah Lau, setiap masalah yang dibangkitkan akan direkodkan, dan pihaknya akan membuat tindakan susulan bagi membantu menyelesaikannya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.239365 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list