CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3977|Reply: 0

[Sarawak] BDA kesal kabel, komponen kotak sambungan suis lampu glob dicuri

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:48 PM | Show all posts |Read mode


Kotak pada sambungan lampu glob di Dewan Suarah Bintulu mengalami kerosakan.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) kesal dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mencuri kabel dan komponen pada kotak sambungan suis sehingga berlaku kerosakan.

Keadaan itu mengakibatkan kemudahan pencahayaan lampu glob di kawasan pejalan kaki di Dewan Suarah di sini tidak berfungsi.

BDA dalam kenyataan di Facebooknya pada Khamis lalu, berkata lampu glob di Dewan Suarah Bintulu mengalami kerosakan akibat perbuatan vandalisme dengan keadaan kabelnya dicuri dan komponen kotak sambungan rosak.

"Lampu ini dipasang untuk mencantik dan memastikan keselamatan orang ramai berada di kawasan tersebut tetapi kini lampu itu tidak dapat berfungsi akibat rosak," katanya kenyataan itu.


Lampu glob ditempatkan di kawasan pejalan kaki di Dewan Suarah Bintulu oleh BDA bagi menerangi kawasan tersebut pada waktu malam.

Katanya, pihaknya berusaha sedaya upaya membaiki kerosakan itu dan memulihkan lampu tersebut secepat mungkin namun  mengambil sedikit masa.

Justeru katanya, sesiapa yang melihat perkara mencurigakan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu sila laporkan kepada BDA agar dapat bersama melindungi dan menjaga kawasan ini (harta benda awam) untuk kepentingan semua.

"Terima kasih atas kefahaman, sokongan dan keprihatinan semua untuk memastikan Dewan Suarah Bintulu kekal terang dan indah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040115 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list