CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10608|Reply: 0

Penyelidik hasilkan bateri daripada cendawan

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:56 AM | Show all posts |Read mode

ELEKTROD dicetak dalam grid mengandungi cendawan yang digunakan dalam anod bateri. FOTO EMPA

Geneva: Penyelidik Switzerland berjaya menghasilkan bateri daripada cendawan, menurut Makmal Persekutuan Switzerland bagi Sains dan Teknologi Bahan (Empa) mengumumkan di laman webnya pada Khamis.

Menurut Empa, bateri cendawan itu secara teknikalnya adalah sel bahan bakar mikrob, lapor Anadolu Agency.

Sel bahan bakar ini menggunakan metabolisme dua jenis cendawan yang berbeza untuk menghasilkan elektrik.

Di anod, kutub negatif sel, cendawan yis diberi makan gula. Ketika ia memproses nutrien ia melepaskan elektron.

Di sisi lain sel, cendawan reput putih menghasilkan enzim yang menangkap elektron dan menghantarnya keluar dari sel.

"Seperti semua organisma hidup, mikroorganisma menukar nutrien menjadi tenaga. Sel bahan bakar mikrob memanfaatkan metabolisme ini dan menangkap sebahagian tenaga sebagai elektrik," menurut penyelidik.

"Untuk kali pertama, kami menggabungkan dua jenis cendawan untuk mencipta sel bahan bakar yang berfungsi," tambah penyelidik tersebut.

Penyelidik tidak menyebut jumlah elektrik yang dihasilkan oleh bateri cendawan. Walau bagaimanapun, menurut Empa dalam siaran medianya: "Sel hidup ini tidak menghasilkan banyak elektrik tetapi cukup untuk mengendalikan sensor suhu selama beberapa hari, sebagai contoh."

Menurut penyelidik, sensor tersebut biasanya digunakan dalam pertanian atau penyelidikan alam sekitar.

Kelebihan terbesar bateri cendawan, seperti yang dijelaskan oleh Empa, adalah ia sepenuhnya tidak toksik dan boleh terbiodegradasi. "Setelah selesai tugasnya, ia akan larut dengan sendirinya daripada dalam," menurut penyelidik.

Penyelidik juga menegaskan yang cendawan tidak ditanam dalam bateri tetapi merupakan sebahagian daripada sel bahan bakar sejak awal.

"Komponen bateri cendawan dihasilkan menggunakan pencetakan 3D. Ini membolehkan penyelidik menyusun elektrod dengan cara yang membolehkan mikroorganisma mengakses nutrien dengan mudah," tulis Empa.

Menurut penyelidik, mereka kini bertujuan untuk membuat bateri cendawan lebih berkuasa dan tahan lama dan sedang meneroka jenis cendawan lain yang sesuai sebagai pembekal elektrik.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list