CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10571|Reply: 0

Kes wang sogokan: Mahkamah tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:46 AM | Show all posts |Read mode

DONALD Trump. FOTO Reuters

New York: Mahkamah Rayuan New York pada Khamis menolak permohonan Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump bagi menangguhkan ketetapan hukuman membabitkan kes sogokan yang dijadualkan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Hakim Jenny Rivera dari Mahkamah Rayuan New York enggan menandatangani perintah itu selepas meneliti permohonan untuk menangguhkan sesi berkenaan, menurut perintah ringkas yang dikeluarkan mahkamah pada pagi Khamis."Susulan keputusan Hakim, tiada sebarang permohonan yang sedang dipertimbangkan dalam kes ini di Mahkamah Rayuan," menurut perintah itu.

Pihak pendakwa dari pejabat peguam daerah Manhattan dalam dokumen mahkamah menyifatkan hujah Trump untuk menangguhkan hukuman berdasarkan konsep "kekebalan presiden bakal dilantik" sebagai tidak berasas.

Sementara peguam Trump beralih kepada Mahkamah Rayuan New York dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menangguhkan ketetapan menjatuhkan hukuman, kini terpulang kepada Mahkamah Agung untuk membuat keputusan.

Hakim Ellen Gesmer dari Bahagian Rayuan Mahkamah Agung New York, Jabatan Pertama pada Selasa menolak usaha Trump untuk menangguhkan sesi itu.

Pada Mei 2024, juri di New York mendapati Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah, termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah pada kempen pilihan raya Presiden 2016.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043539 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list