CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7421|Reply: 0

[Sarawak] Ahli Parlimen Kanowit akan lawat mangsa kebakaran rumah panjang, salur bantuan sewajarnya

[Copy link]
Post time 16-1-2025 02:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang (gambar) menzahirkan rasa simpati kepada 88 mangsa kebakaran Rumah Paulus Yan, Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada di Kanowit, semalam.

Aaron dalam laporan BERNAMA, berkata beliau akan turun padang bagi melawat dan membantu penghuni rumah panjang tersebut, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata pihaknya akan menyalurkan bantuan sewajarnya melalui Yayasan Sukarelawan Siswa dan Pejabat Ahli Parlimen Kanowit kepada penduduk terjejas.

Terdahulu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata kesemua penghuni rumah panjang 15 pintu itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dan memaklumkan punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi, JBPM Sarawak menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 12.14 tengah hari.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah yang digerakkan ke lokasi berjaya mengawal kebakaran pada 2 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.50 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 1.775491 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list