CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10409|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut pacuan empat roda bertembung lori lapan tan

[Copy link]
Post time 17-1-2025 10:17 AM | Show all posts |Read mode




OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda.

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan pacuan empat roda dan lori lapan tan di Jalan Kelawat di sini.

Kejadian jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berumur 58 tahun yang disahkan meninggal dunia selepas tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, sepasukan pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 8.05 malam.

“Semasa pihak bomba tiba di lokasi, berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda bertembung dengan sebuah lori lapan tan.

“Terdapat empat orang mangsa dilaporkan terlibat dalam kes ini termasuk seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di pacuan empat roda menggunakan peralatan khas iaiti 'Rescue Tools'.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dilokasi kejadian.

“Mangsa maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Beliau berkata, tiga lagi mangsa yang berada di lori hanya mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya diserahkan pada pihak KKM .

“Pasukan Bomba membuat pembersihan kawasan kemalangan menggunakan satu salur bantu mula (hose reel).

“Selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi di tamatkan sepenuhnya pada jam 9.24,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 1.384736 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list