CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22125|Reply: 0

[Kedah] ASEAN puji kemajuan rundingan COC Laut China Selatan, berusaha percepat proses

[Copy link]
Post time 20-1-2025 01:06 AM | Show all posts |Read mode
ASEAN puji kemajuan rundingan COC Laut China Selatan, berusaha percepat proses

BERNAMA - Januari 19, 2025 @ 5:58pm




  Logo ASEAN 2025 di Langkawi International Convention Centre. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir




LANGKAWI: Menteri-Menteri Luar ASEAN menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam rundingan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sambil menekankan kepentingan mengekalkan momentum untuk mempercepatkan proses itu.

Menteri menekankan keperluan untuk memuktamadkan COC yang berkesan dan substantif secepat mungkin, sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

"Kami menegaskan bahawa Laut China Selatan mesti kekal aman dan stabil," kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam sidang media selepas berakhirnya Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada COC boleh diterima pakai sebelum tamatnya kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, Mohamad menjelaskan: "Kami sedang dalam proses rundingan berkaitan COC.

"Kami akan berusaha sedaya upaya memastikan rundingan berjalan mengikut jadual."

Beliau turut mengulas mengenai usaha menangani jenayah rentas sempadan khususnya penipuan dalam talian, dengan menyatakan bahawa China akan bekerjasama rapat dengan ASEAN dalam menangani isu ini.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan China," katanya.

Mengenai panggilan telefon antara Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada Jumaat, Mohamad menyifatkannya sebagai "perkembangan positif untuk mereka berbincang."

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Trump atas pelantikannya dan berharap kepimpinannya akan membawa kestabilan dan keamanan dunia.

Sementara itu, Mohamad berkata bahawa menteri-menteri luar ASEAN menyuarakan kebimbangan terhadap persaingan kuasa besar di rantau ini yang berpotensi meningkatkan ketegangan dan memberi kesan kepada kestabilan serantau.

"ASEAN bersetuju bahawa adalah penting untuk melindungi kepentingan rantau ini secara kolektif dan memperkukuhkan pemusatan, perpaduan serta solidariti ASEAN.

"ASEAN juga mesti terus kekal menerajui kerangka rantau ini, menentukan arah dan masa depan komuniti serantau kita," kata Mohamad. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1351366/asean-puji-kemajuan-rundingan-coc-laut-china-selatan-berusaha







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054446 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list