CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3245|Reply: 0

[Sarawak] SK Nanga Selangau turut dinaiki air susulan hujan lebat

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:47 PM | Show all posts |Read mode


Kawasan rendah SK Ng Selangau dinaiki air sejak pagi tadi.

SELANGAU: Beberapa kawasan rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan pagi tadi.

Hasil tinjauan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau mendapati paras air di kawasan rendah sekolah tersebut mencatat bacaan antara 0.37 hingga 0.84 meter.

Bagaimanapun struktur bangunan sekolah tidak terjejas.

Pasukan pemantau yang diketuai Lans Koperal (PA) Augustine Oping Ngalih bersama tiga anggota lain menjalankan pemantauan menggunakan sebuah ambulans pacuan empat roda yang dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan pengukur paras air.

Menurut laporan, sekolah berkenaan tidak beroperasi kerana cuti tahunan dan keadaan di lokasi masih terkawal walaupun cuaca mendung dan paras air menunjukkan sedikit peningkatan.

Pegawai APM Daerah Selangau Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum ketika dihubungi mengesahkan situasi tersebut.


Kawasan rendah di SK Ng Selangau, hari ini mencatat banjir antara 0.37 hingga 0.84 meter.

Katanya, pemantauan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan risiko banjir susulan hujan berterusan di kawasan ini.

"Keadaan masih terkawal, namun APM akan terus memantau perkembangan paras air bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin," ujar beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list