CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3629|Reply: 0

[Sabah] RM102.87 juta peruntukkan tingkat pemeliharaan warisan budaya, pengurusan alam sekitar

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2025 06:00 AM



PECAH TANAH: Hajiji menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah di sini pada Sabtu.



TANAM: Hajiji menanam pokok longan sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah di sini pada Sabtu.

KINARUT: Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM102.87 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri bagi meningkatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, peruntukkan terbabit juga selaras usaha kerajaan untuk terus memacu serta memperkasa industri pelancongan di negeri ini melalui operasi dan pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan pada tahun ini.

Beliau berkata, industri pelancongan negeri ini memerlukan lebih banyak produk baharu yang boleh menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara memandangkan Sabah mempunyai pelbagai sumber pelancongan yang boleh dipelbagaikan sama ada berasaskan flora dan fauna mahu pun khazanah budaya serta warisan etnik negeri ini.

Sejajar dengan harapan itu, beliau mengajak pemain industri pelancongan di negeri ini meneroka idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan menarik, sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

“Usaha kita untuk menarik kehadiran pelancong ke Sabah dengan meningkatkan produk pelancongan juga selari dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang menyasarkan lebih 35 juta pelancong.

“Walaupun Sabah menyasarkan seramai 3.7 juta pelancong, namun sebagai persediaan untuk TMM 2026, kita mesti bersedia untuk menerima kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Oleh itu, pemain industri harus sedia dan lebih kreatif untuk menambah produk pelancongan baharu di negeri ini”, katanya pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah di sini pada Sabtu.

Hajiji berkata, pemain industri pelancongan, termasuk usahawan muda perlu terus menggunakan teknologi baharu dalam mempromosikan produk pelancongan
berasaskan kebudayaan tempatan.

Katanya, cara berkenaan boleh memperkenalkan keunikan kebudayaan Malaysia, sekali gus menarik minat pelancong berkunjung ke negara ini.

“Pembangunan produk pelancongan yang baharu ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan serta memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk terlibat dan menikmati manfaat daripada industri pelancongan.

“Kompleks Kebudayaan Sabah yang melibatkan pembinaan dua komponen utama iaitu Kampung Budaya dan Pusat Kebudayaan diyakini akan menjadi produk pelancongan baharu yang menawarkan pengalaman yang unik, inovatif dan berbeza daripada pelancongan sedia ada.

“Kompleks ini juga akan menjadi tambahan kepada pusat kebudayaan sedia ada dinegeri ini iaitu Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, dan Pusat Kebudayaan Murut Tenom,” katanya.

Menurutnya, pembinaan Kompleks Kebudayaan Sabah menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta adalah bukti komitmen berterusan daripada kerajaan untuk mewujudkan kompleks pertama yang akan menghimpunkan warisan budaya pelbagai etnik di negeri ini “Ini sekaligus menandakan permulaan kepada satu lagi mercu tanda penting bagi Sabah yang mencerminkan hasrat kita untuk memelihara, menghargai dan mengangkat warisan budaya negeri yang kaya dengan keunikan etnik dan tradisinya.

“Kerajaan negeri akan memastikan pembangunan projek ini dapat dilaksanakan dengan cermat, mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.

“Manfaat daripada kejayaan projek ini bukan saja dinikmati oleh generasi masa kini, malah pada masa akan datang”, katanya.

Hajiji juga menyeru semua pemimpin masyarakat, ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dan semua lapisan masyarakat negeri ini agar terus memperkasa dan memelihara seni, budaya dan warisan bangsa yang kita miliki dengan sebaik-baiknya agar tidak pupus ditelan zaman.

“Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini demi merealisasikan impian menjadikan Sabah sebagai negeri yang kaya dengan warisan dan budaya”, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.158076 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list