![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250125/img9627.jpeg)
RASMI: Soon bersama tetamu jemputan lain memotong reben sebagai simbolik perasmian bilik pameran Universal JAECOO di Imago.
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250125/img9629.jpeg)
KENANGAN: Soon merakamkan gambar kenangan bersama semasa perasmian bilik pameran Universal JAECOO di Imago.
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250125/img9634.jpeg)
J7: Model J7 yang mempunyai reka bentuk menarik dan lengkap dengan ciri keselamatan boleh didapati di bilik pameran Universal JAECOO di Imago.
KOTA KINABALU: Bilik pameran kenderaan kenderaan ulititi sukan (SUV) Universal JAECOO kini dibuka secara rasmi di pusat beli-belah Imago.
Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery dan Jaecoo, Soon Boon Ping berkata, bilik pameran yang terletak di tingkat bawah, Lot 73/74 akan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna terutama golongan elit bandar di negeri ini.
Katanya, kedudukan bilik pameran yang strategik juga mampu membantu mereka yang menggemari gaya hidup aktif mendapatkan kenderaan idaman pelanggan bersesuaian dengan jenama JAECOO dan Cherry iaitu kenderaan SUV untuk kegunaan lasak premium.
"Pelancaran bilik pameran Universal JAECOO adalah tepat pada masanya. Ia seiring dengan permintaan kenderaan SUV yang semakin bertambah di negeri ini.
"Kami juga percaya bahawa JAECOO berada pada kedudukan kukuh bagi menjadi pencabar utama dalam pasaran SUV segmen-C berdasarkan sambutan positif yang diterima daripada bakal pelanggan," katanya semasa pelancaran terbabit.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Universal Motor (UM) Datuk Chok Yun Kiong dan isteri Datin Tong Siau Fun, Naib Presiden Kumpulan UM Clinton Chok, Pengurus Pembangunan Rangkaian Chery dan Jaecoo Mandy Yip dan Eksekutif Pembangunan Rangkaian Kanan Chery Dickson Wong.
Menurutnya, pembukaan ini adalah satu lagi kejayaan bagi Universal Group yang membawakan Chery dan Jaecoo menjadikan cawangan Chery keempat di Sabah dan yang pertama di pusat beli-belah di negeri ini.
"Sejak jenama Chery dilancarkan kira-kira satu setengah tahun yang lalu, kami bekerja keras dengan rakan kongsi dan pengedar untuk berada di hampir semua kawasan bagi memastikan pelanggan mampu mengunjungi bilik pameran kami dengan mudah.
"Dengan sokongan daripada rakan kongsi, saya bangga mengumunkan terdapat tiga cawangan Chery di Sabah dengan kemudahan 3S terletak di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan," katanya.
Tambahnya, selepas pelancaran pusat pengedar Universal JAECOO di Lintas tahun lalu, pelancaran kali ini juga menandakan mereka berada satu langkah ke hadapan yang inovatif untuk Chery Malaysia dan Jaecoo Malaysia.
Dalam pada itu katanya, sebagai jenama kelima paling laris dalam negara, Chery dan JAECOO berjaya menjual 19,687 kenderaan di Malaysia setakat 2024.
Beliau berkata, antara model yang dipamerkan di dalam bilik pameran ini ialah model J7 yang mempunyai reka bentuk menarik dan melambangkan semangat pengembaraan serta daya ketahanan yang digabungkan dengan gaya serba canggih.
“Kenderaan ini bukan sahaja memberikan keselesaan mewah tetapi turut menawarkan tahap keselamatan tinggi dengan teknologi pintar berpandangan jauh, JAECOO melengkapkan J7 dengan 21 fungsi pemanduan pintar menerusi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) kenderaan.
“Pengguna yang berminat dijemput bagi merasai sendiri kecanggihan model J7 di bilik pameran JAECOO di pusat beli belah Imago,” katanya.
JAECOO mula bertapak di Malaysia selepas menyedari potensi pasaran di negara ini dan komited untuk membangunkan rangkaian perkhidmatan yang kukuh di Malaysia.
Komitmen teguh itu berikutan kedudukan Malaysia mengatasi Thailand untuk menjadi pasaran kereta kedua terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia.
Peralihan itu memberi gambaran positif terhadap daya tarikan Malaysia dalam kalangan golongan pembuat kereta.
|