CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3948|Reply: 0

[Sarawak] Pengurus mengaku bersalah buka pusat hiburan melebihi tempoh dibenarkan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang pengurus pusat hiburan dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan premis hiburan melebihi tempoh operasi yang dibenarkan.

Abdul Akqim Osman, 30, membuat pengakuan itu sebaik didakwa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan mengikut Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 (Section 24 of the Entertainment By-Law 2001).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat hiburan tempat dia bekerja di Tabuan Tranquility, Jalan Canna di sini pada 22 Disember 2024, sekitar jam 2.50 pagi.

Fakta kes mendedahkan sepasukan polis melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis tersebut pada hari kejadian.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh selaku pengurus pusat hiburan mengaku telah melakukan kesalahan menjalankan operasi premis melebihi waktu perniagaan yang dibenarkan.

Tertuduh ditahan pada kira-kira jam 2.50 pagi dan telah melanggar Syarat Khas No.2 Lesen Hiburan yang menetapkan waktu operasi premis dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 pagi, Isnin hingga Ahad.

Turut dirampas adalah beberapa barangan elektronik seperti mikrofon, papan kekunci, tetikus, peralatan DJ dan pembesar suara.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 1.824949 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list