CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21242|Reply: 0

[Sarawak] Waspada buaya ketika air sungai naik

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:11 PM | Show all posts |Read mode


(Duduk tengah dari tiga kiri) Sufian dan Paulus serta Dr Abdul Rahman (duduk enam kiri) dan tetamu lain ketika mengadakan kunjungan rumah terbuka TBC di rumah Temenggung Leong Boong Meng (duduk lima kiri) dan keluarga besarnya.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mahu penduduk di daerah ini lebih berwaspada dengan kelibat buaya yang semakin kerap muncul terutama ketika paras air sungai meningkat.

Katanya, cuaca hujan dan banjir ketika ini boleh mengundang risiko keselamatan khususnya ancaman sang bedal.
“Saya mengingatkan penduduk agar lebih berhati-hati, terutama di kawasan yang dinaiki air, bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini membabitkan reptilia ini,” katanya kepada media semasa kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) di beberapa kediaman pemimpin masyarakat Cina dan ahli perniagaan tempatan.

Turut serta ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, setakat ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka namun pihak berkuasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan yang berisiko banjir.
“Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak supaya tidak bermain di kawasan banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Dedahnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang sudah diaktifkan serta-merta sebagai persiapan menghadapi sebarang musibah termasuk banjir.

"Saya yakin jawatankuasa bencana sudah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan berlakunya kejadian tidak dijangka,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042466 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list